Monday 18 June 2012 0 comments

BHP 4566 -> WWW 792



1 April 2005, Proton Waja BHP 4566 telah mula berkhidmat kepada tuannya di singgahsana Behrang 2020. Banyak perjalanan yang ditempuhi bersama BHP 4566 antaranya ke Alor Setar, Kuala Perlis, Kangar dan Padang Besar pada sekitar 2007 bagi menghadiri perkahwinan rakan UTM, Ucop. Selain itu, BHP 4566 pernah membuat perjalanan ke Kuantan, Cherating dan seterusnya ke Kemasik Trengganu pada sekitar Mei 2010. Disember 2011, BHP 4566 meneruskan perjalanan ke UTM Skudai bagi menghantar Anak Sedara Kamil Hafiz mendaftar sebagai pelajar baru. Selanjutnya, BHP 4566 pernah sampai ke Port Dickson, Melaka, Genting Highlands, Cameron Highlands, Gemas dan Pagoh.

Yang paling diingati, puteri kedua Ain Firzanahnoor yang lahir di Slim River pada 27 April 2008, juga telah dihantar ke Hospital Slim River, menerusi BHP 4566.

Tanggal 16 Jun 2012 bersamaan hari Sabtu, BHP 4566 telah mengakhiri perkhidmatan bersama tuannya dan  saling berganti dengan Grand Livina WWW 792.

Selamat Datang kepada Nissan Grand Livina WWW792



 
;