Saturday 27 April 2013 0 comments

Birthday Ke 5 Tahun Air Firzanahnoor

Hari Ulangtahun ke 5 anak ku, Ain Firzanahnoor telah jatuh pada 27 April 2013 (Sabtu). Sempena tarikh tersebut , kami sekeluarga telah meraikan dengan majlis kecil-kecilan. Semoga Ain akan berjaya dan menjadi anak yang solehah serta mendoakan kebaikan untuk ibu dan ayah. Amin

Sunday 21 April 2013 0 comments

Corat-coret Hari Penamaan Calon PRU 13 20 April 2013

Kita bertemu lagi, sebenarnya pada tarikh penamaan calon PRU ke 13 yang jatuh pada 20 April 2013. Kami sekeluarga tengah berada di Kuala Selangor kerana menghadiri Family Day Jabatan yang berlangsung di Hotel De Palma. Oleh demikian, ketika sesi jalan jalan disekitar Kuala Selangor, terjumpa pula, Signboard Parti yang dianggap terbesar dan menarik perhatian kami untuk capturenya. Saksikan..





Friday 19 April 2013 0 comments

Family Day Kelab Pembangunan

Family Day Kelab Pembangunan JPPHB telah berlangsung pada 20 April 2013 - 21 April 2013 di Hotel De Palma, Kuala Selangor.

Kami sekeluarga telah bertolak awal iaitu pada hari Jumaat kerana persiapan awal.

Aturcara pertama ialah menikmati hidangan makan tenghari Nasi Ambang di Warung Ibu, Tanjong Karang. Seterusnya proses check in peserta telah bermula jam 2.00 petang dan selesai 1 jam kemudiannya.

Acara Sukaneka telah mengambil tempat pada sebelah petang dan selanjutnya majlis Dinner pada Sebelah malam.

Pada hari Hari Ahad hanya dipenuhi aktiviti bebas dengan kebanyakan keluarga beristeri rehat ditepi kolam hotel.

Pendaftaran keluar peserta hari keluarga telah berlaku pada jam 12 tengahari dan seterusnya menjamu makan tengahari di hotel sebelum berangkat pulang ke Tanjong Malim.

Jumpa lagi di edisi lain pula.



Kami menginap bilik 102
Bilik 102
Acara Red Karpet
Saturday 13 April 2013 0 comments

Ainnur Raudhah mula meniarap 14 April 2013

Friday 5 April 2013 0 comments

Majlis Walimatulurus Rogayah

6hb April 2013 merupakan hari bersejarah buat sepupu sebelah Isteri, Rogayah binti Jaafar (anak pertama) yang akan melangsungkan majlis perkahwinan bersama pasangannya saudara Azwan. Majlis perkahwinan telah diadakan Felda Serting Hilir, Negeri Sembilan.

Majlis ini diserikan kehadiran sanak saudara yang datang dari Pagoh, Tangkak,Batu Anam, Melaka dan juga Kuala Lumpur.

Tahniah kepada Rogayah dan pasangan.Semoga berbahagia Selalu.

Thursday 4 April 2013 0 comments

Kenduri Aqiqah Ainnur Raudhah

Bertarikh 11 Februari 2013 ( Isnin ) bersamaan Cuti Tahun Baru Cina berlangsungnya Kenduri Aqiqah untuk Puteri ku yang comel ke 3 yang diberi nama Ainnur Raudhah. Baby comel ini telah dilahirkan pada 3 Januari 2013 di Hospital Muar Johor.

Majlis kenduri ini telah bermula selepas waktu solat Zohor.Telah dihadiri oleh sanak saudara keluarga di kedua-dua belah.

Alhamdulillah majlis telah berlangsung dengan baik tanpa sebarang masalah. Terima kasih kepada sanak saudara yang telah hadir

 
;