Sunday 26 January 2020

Sambutan Hari Keluarga JDT2020


Assalamualaikum

Lama sungguh sy tak menulih ni...Hampir setahun rasanya.

Lah ni cuaca cukup panas yang lit lit. Seperti saban tahun.. Keluarga besar Hj Arif @ JDT dapat berjumpa lagi dalam satu majlis ukhwah pada 26 Januari 2020 (Ahad) di rumah Pn Ramlah Hj Arif.. 

Majlis bermula sebaik sahaja selepas Zohor dengan kenduri tahlil yang dipimpin oleh orang masjid. Aneka lauk pauk terhidang dengan kerjasama erat antara 3 keluarga waris Hj Ariff.. Ada Laksa Johor Tergantung Sepi,  Sayur Rebung Selamanya (Usop), Ikan Masak asam Pedas Pak Man Menahan Rindu, ayam bakar, ikan bakar, sate, otak-otak, sirap bandung dan air laicikang abg sobri dan mcm2 lagi

Alhamdullilah ramai yang hadir, Pak Sahar dari Tg Malim, Uda dari Batu Anam, Pak Taib dari Melaka, Kak Lin dari Tangkak, Mak Milah,Long Senah dari Pagoh berkumpul di rumah mak mertua saya.  

Majlis puncak diserikan dengan sambutan hari lahir untuk bulan kelahiran Jan sehingga Jun.Macam-macam kek yang ada..
Jom kita recap gambor2 yg sy sempat snap..


Oklah kita jumpa lagi. Semoga ukwah keluarga Hj Ariff akan terus berkekalan

0 comments:

Post a Comment

 
;