Thursday 16 April 2020

Catatan Ke Eropah

Assalamualaikum

Bertemu lagi, disebabkan PKP ini, sy gagahkan untuk menulis catatan perjalanan ke negara Eropah. Perjalanan ini sebenar berlaku pada tahun 2018, tetapi atas faktor kesibukan, saya terlepas untuk menulis travellog perjalanan ini.

Tetapi sebab saya memang suka menulis, saya catatkan serba sedikit berkaitan pengalaman tersebut untuk tatapan bersama.

Ketika ini, negara Eropah dilanda wabak Covid 19 yang hebat terutama di negara UK, France, Belgium, Belanda dan Germany. Semua negara ini termasuk lawatan saya ke Eropah tersebut.

Semoga wabak ini cepat berlalu dan kehidupan normal kita semua akan segera berjalan.

Tahun 2018, di dalam bulan Oktober saya dan isteri telah terbang ke negara Eropah yang meliputi United Kingdom, Perancis, Belgium, Belanda, Germany dan Swiss. Tak terjangka di dalam, berkat rezeki oleh Allah Taala.sampai jua ke sana bagi menyaksikan kebesaran Ilahi di negara orang.

27 Oktober 2018 (Sabtu) KLIA- Muscat


Bertolak dari rumah di Kalumpang dan singgah sebentar di rumah adik di Kundang Jaya sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA. Sebenar saya pergi mengguna agensi pelancongan dan rasa berpuas hati dengan perkhidmatan.  Sesampai di KLIA, kami berkumpul di kaunter M untuk urusan bagasi dan boarding pass. Selanjutnya dengan menaiki aero train terus menunggu pelepasas dengan flight Oman Air. Oman Air merupakan syarikat penerbangan dari Oman. Sungguh pun namanya tak sehebat dengan carrier lain seperti Emeriates atau Etihad, bagi saya servis oleh Oman Air masih tip top dan terbaik.






Flight Oman Air dari Kuala Lumpur akan transit seketika di Air port Muscat. Kapal terbang Oman Air WY 824 bergerak dari KLIA sekitar 10 malam dan mengambil masa lebih kurang dalam 6 jam perjalanan. Muscat merupakan ibu kota negara Oman. Airport di Muscat ini baru siap, memang cantik dan setanding dengan Airport KLIA







Selepas transit di Airport baharu Muscat, kami beralih kepada kapal terbang WY 103 untuk perjalanan ke Heathrow London yang mengambil masa hampir 7 jam perjalanan.


28 Oktober 2018 (Ahad) London

United Kingdom atau Great Britain merupakan sebuah negara Eropah yang mempunyai kepadatan hampir 60 juta penduduk. Menggunakan matawang Pound. Kadar pertukaran dengan Ringgit Malaysia lebih kurang 1 pound bersamaan RM 5.50. Ibu negara United Kingdom adalah Kota London. Selain daripada London, UK mempunyai bandar-bandar besar lain seperti Liverpool, Manchester dan lain-lain.

Komuniti islam adalah lebih kurang 5% dari jumlah penduduk UK keseluruhan. Di Kota London ada sebuah masjid utama yang di kenali Central London Mosque. itulah serba sedikit info berkenaan United Kingdom yang sempat saya gugel.



Hello London

Kami tiba di Heathrow Airport jam 6.30 pagi. Memang tak sangka, impian dari kecik sampai negara omputeh telah menjelma di depan mata.  Sementara menunggu bas sampai, sempat gak pekena cofee di Costa Heathrow Airport. Harga murah gak 2 Pound. 2 Pound dalam RM 10 secawan. ermmm.

Keluar Airport hendak tunggu bas, Ya Allah punyalah sejuk memang tak tahan dibuatnya..

Selepas itu bermulalah city tour di Kota London dengan visit sekitar Kota London. Kota London memang kota yang terkenal dengan kebersihan, cantik dan mengagumkan. Banyak tempat yang dilawati dan disinggah.




Waktu thari, kami singgah makan di Tukdin Flavours yang merupakan ownernya dari Malaysia. Alhamdullilah, selepas itu, kami singgah solat di Masjid Central London.




Petang kami singgah pula ditempat terkenal iaitu Harrods yang penuh dengan barang yang berjenama seperti Hermes dll. Kami mampu tengok jelah, haa,haa






Masjid Central London merangkumi dewan solat, kedai, kafe dan juga pejabat. Besar jugak masjid ini





Hari pertama kami menginap di St Giles Heathrow hotel.


29 Oktober 2018 (Isnin) London

Pagi selepas breakfast,kami pergi visit ke tempat Ala-ala JPO iaitu Bicester Village, memang banyak pilihan untuk dipilih, tapi tulah yang tak tahan, memang sejuklah London ni, terpaksa cari glove kat Bicester Village ni.

Selepas makan tengahari kami pergi ke Oxford Street, memang sesuai untuk cari souvernier. Harga mampu beli dalam currency Pound.



30 Oktober 2018 (Selasa) London- Dover- Calais-Paris




Hari ini kami akan berangkat meninggalkan negara UK dan akan travel ke negara Perancis. Perancis sebuah negara Eropah yang hebat dalam pelbagai bidang dan amat dikenali sebagai kuasa bolasepak dunia. Kalau anda ingat sapa tu Zidane Zidan, beliaulah legenda bolasepak Perancis yang pernah bermain dengan Real Madrid.

Selepas check out, kami bertolak ke Dover Port bagi menaiki Fery ke Dover Perancis. Feri ini akan melalui Selat Inggeris. Memang terserlah indahnya Selat Inggeris ni, yang selama ni saya tahu hanya Selat Melaka kat Malaysia.

Perjalanan memakan masa dalam sekitar 1 jam setengah. Feri ini agak besar yang membawa juga pengangkutan seperti kereta, lori dan bas






Sesampai di Calais yang merupakan sebuah bandar ditepi laut di Negara Perancis,  kami bertolak ke kota Cinta iaitu kota Paris yang dijangka ambil masa lebih kurang 4 jam. Paris terkenal dengan Icon Eeiffel Tower dan juga dikenali sebagai Kota Fesyen. Walaubagaimanapun, kota paris ini terkenal juga kes-kes berkaitan penyeluk saku. Jadi hati-hati kita bila sampai di Kota Paris ini

Sampai di Restoren Daawat di pinggil Kota Paris, sempat kami merasai makanan Punjabi.

Di Paris kami check out di Hotel Ibis

31 Oktober 2018 (Rabu) Paris

Perancis merupakan sebuah negara Eropah yang mempunyai kepadatan penduduk sekitar 70 juta.Menggunakan matawang Euro sebagai mata wang rasmi dan ibu negara adalah Kota Paris. Itu adalah info sedikit berkaitan dengan negara Perancis




Selepas breakfast perjalanan diteruskan untuk lawatan sekitar Paris. Antara tempat wajib dilawati adalah Arc de Triumph dan Eiffel Tower. Selepas penat berjalan, singgah makan di Restoren D'Jawa.






Tetapi memang kena awas di Kota Paris kerana terkenal dengan Scammer dan Penyeluk Saku


Petang sempat singgah di Galeries Lafayette de Paris untuk beli-beli sikit sebelum singgah solat di Grand Mosques Paris.

Malam kami sempat merasai panorama di Eifal Tower



01 November 2018 (Khamis) Paris -Brussel- Amsterdam



Selepas check out, perjalanan diteruskan ke negara Belgium dan Belanda. Di Belgium kami singgah di Brussel  untuk makan tengahari dan singgah di Grand Palace.




Kami sampai di Kota Amsterdam sekitar jam 8 malam dan check in di Worldhotel Wings



02 November 2018 (Jumaat) Amsterdam

Belanda merupakan negara ke empat di dalam tentatif perjalanan. Seperti Perancis, Belanda juga terkenal sebagai kuasa bola dunia dengan legend-legend seperti Marco Van Basten, Ruud Gullit, Patrick Kluivert dan lain-lain. Belanda juga dikenali juga negara di bawah sea level. Bayangkan ia amat terdedah kepada bencana banjir. Walaubagaimanapun, dengan kajian dan teknologi berterusan, masalah ini telah dapat diatasi. Kota Amsterdam merupakan ibu negara kepada Belanda.

Info tambahan untuk negara Belanda, ia mempunyai kepadatan penduduk sekitar 17 juta orang. Antara pengangkutan utama di Belanda adalah menggunakan basikal, tram dan juga pengangkutan awam lain

Belanda atau Holland sememangnya negara yang indah untuk dilawati.






Selepas breakfast city tour sekitar Amsterdam, antara tempat dilawati adalah Madurodam , Zaanse Schans dan sempat menaiki Canal Cruise. memang bumi Belanda amat cantik untuk dilawati.





Zaanse Schan sememang tempat wajib untuk dilawati jika dilawati, masih terdapat kincir-kincir angin jenis lama yang membantu generate tenaga untuk kegunaan penduduk di Belanda






Sebelum balik ke hotel, waktu malam kami sempat menaiki river cruise bagi melayari panorama kota Amsterdam 





03 November 2018 (Sabtu) Amsterdam- Cologne - Franfurt


Germany merupakan sebuah negara Eropah yang mempunyai kepadatan hampir 83 Juta. Terhasil dari gabungan antara jerman barat dan jerman timur, Germany terkenal suatu ketika dahulu dengan pemimpin bernama Hitler. Tetapi itu telah menjadi tinggalan sejarah..

Berbalik kepada travellog kami, selepas check out, perjalanan diteruskan ke negara Germany, Perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam dengan melalui lebuhraya. Sememang diakui kemudahan jalan raya di Eropah memang antara yang terbaik didunia dan pemandu memang patuh kepada kelajuan yang ditetapkan bagi mengelakkan di kenakan tindakan. Sesampai di Germany, kami singgah di Cologne dan solat di Masjid Indah Cologne Central Mosque.








Selepas melewati bandaraya Cologne kami singgah disebuah Masjid yang boleh dikatakan terbesar di Eropah. Indah masjid ni, setiap jemaah yang ingin memasuki dewan masjid perlu menggunakan stokin untuk menjaga hygiene di dalam masjid tersebut.





Perjalanan selanjutnya ke Frankfurt dan bermalam di Holiday Inn Express Hotel


04 November 2018 (Ahad) Frankfurt- Mount Titlis

Selepas cehck out dari hotel kami melawat sekitar Frankfurt yang terkenal dengan icon Romerberg.







Perjalanan diteruskan dan kami tiba di sempadan untuk pemeriksaan di border Swizerland. Selanjutnya kami tiba di  Bumi Swiss untuk perjalanan ke Mount Titlis dengan menaiki kereta kabel.
Subhanallah memang cantik negara Swiss ini. Tak dapat digambarkan.

Mount Titlis ini merupakan gunung yang mempunyai salji sepanjang tahun. Untuk sampai ke puncak, perlu menaiki Kereta Kabel dari bawah. Tiket boleh tahan, estimate dalam RM 500 seorang, sanggup tak, dah sampai mestilah sanggup kan, hee, hee.











Selepas menuruni dari cable car, kami terus menuju ke Lucerne sebagai salah satu bandar besar di Swiss. Menyelurusi Chappel Bridge yang merupakan antara tarikan di Lucerne.



05 November 2018 (Isnin) Zurich- Muscat

Selepas check out, perjalanan hari akhir diteruskan ke Tasik Titise Lake yang terletak dalam negara German dan bersempadan dengan Swiss. Memang cantik tempat ini, terkenal dengan tasik yang jernih. Jernih-jernih memang dalam tasik ini.





Sebelum kami bertolak ke Airport Zurich, kami sempat dibawa ke Rhine Falls yang merupakan kawasan Air Terjun yang paling besar di Eropah. Rhine Falls ini berada di dalam kawasan swiss.




Tibalah waktu untuk kami berada di Airport Zurich sekitar jam 7 malam dan menunggu flight dari Zurich ke Muscat.




06 November 2018 (Selasa) Muscat- KLIA

Dari Muscat jam 09 Pagi, kami sampai KLIA jam 8 malam.


Alhamdullilah.

Terima kasih dan kita berjumpa lagi

0 comments:

Post a Comment

 
;