Monday 25 February 2013

HARI KETIGA BELAS (TERAKHIR) - 26 Februari 2012


Saya rasa macam tak nak melalui hari ini…tapi nak buat macam mana masa berlalu begitu pantas…kalau fikir2 best jugak kalau dapat tinggal je kat Mekah ni….

Semalam Ustz dah pesan pagi ni kena buat tawaf selamat tinggal (tawaf wida’)..asar semalam adalah solat terakhir saya…tapi Alhamdulillah sebab saya sempat buat umrah cuma tak dapat buat tawaf wida’ tu je…namun kata Ustz kita boleh pergi dan melambaikan sahaja..subuh ni kami janji pergi Masjiddilharam sama2 dan saya akan balik sendirian..saya pusing keliling Masjidilharam tu…sedihnya…. Alhamdulillah semalam dah siap berkemas…so banyak masa lagi..

Seperti yang dijanjikan kami kena berkumpul kul 8 untuk bertolak ke Jeddah yang dijangka mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan iaitu lebih kurang 80km… di sepanjang jalan banyak kerja2 pembinaan sedang dijalankan..Ustz kata mereka dalam peringkat membina Bandar di sepanjang jalan untuk menghasilkan Bandar terpanjang di dunia…

Kemudian kami pun sampai di Bandar Jeddah..memang berbeza sangat dengan Bandar Mekkah…dari pakaian dan suasananya….kami dibawa singgah di pusat membeli belah...pusing Bandar Jeddah…lalu di hadapan masjid tempat hukuman hudud dijalankan…kami juga dibawa singgah di kawasan tepi laut merah…kat sini ada masjid, pun ada orang berniaga…dan kami dibawa makan tengahari di hotel mula2 kami bersarapan dahulu…
Di Jeddah



Di tepi Laut Merah









Seterusnya kami dibawa ke Airport untuk pulang…di airport banyak juga perkara yang nak kena buat + kecoh2…kena ambil air zam2..sorang dapat 1 botol 5 liter air zam-zam..pastu klu nak balut bag pun boleh (takut pecah)..Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kami pun terbang…dalam penerbangan balik ni ramai orang kita dah kenal dan mesra…saya dapat tempat duduk sebelah 2 orang makcik yang satu bas dgn kami dan rapat…

Dalam tren dari airport nak naik fkight di Jeddah

Kat airport


Nak naik flight



so saya pun minta tukar dengan makcik tu dgn tiket suami supaya dia boleh duduk sebelah saya sebab saya ni ‘mabuk’…sepanjang perjalanan saya tidur je…kali ni saya dah beli ubat muntah di Mekkah petang semalam..alhamdulillah tak muntah dan kami selamat sampai…
Dah sampai Malaysia

Sampai2 tu…adik saya dah tunggu kat airport untuk pulang ke Tanjong Malim…untuk berjumpa dengan anak2, mak dan ayah….

0 comments:

Post a Comment

 
;