Sunday 15 January 2017

Kembara JDT ke Kluang Johor


Assalamualaikum WRT

Alhamdullilah, bertemu lagi kita dalam catatan perjalanan Kembara Group JDT Pagoh ke Kluang Johor. Penulis rasa amat bersyukur kerana telah diberi kesempatan untuk menulis lagi dan semoga ia menjadi ingatan kepada semua ahli keluarga JDT.

Masih segar dan teringat lagi kenangan manis ke Kedah pada 25 Disember 2016 lepas dimana kami beramai-ramai menghantar pengantin Mira dan Cikgu Hazman dengan menaiki bas persiaran yang telah disediakan. Buat kali ini, kami  pergi ke Kluang dengan menaiki kenderaan masing-masing secara berkonvoi.

Apalah tujuan kita pergi ke Kluang ni. Tentu tidak lain adalah untuk menghantar pengantin Nadhirah Afiqa bersama suami Saudara Rozaidi atau dikenali sebagai Edi.

Untuk makluman pasangan ini telah dinikahkan pada 25 November 2016 dengan 2 kali lafaz (kalau tak silap) dan disandingkan pada keesokannya 26 November 2016. Majlis meriah ini telah dilangsungkan di Tangkak.

Kad Jemputan

14 Januari 2017 Sabtu

Sebelum bertolak, ahli rombongan konvoi telah berkumpul di rumah Hj Salleh. Setelah semuanya siap sedia. Maka berangkatlah kami beramai-ramai dengan  harapan dan doa, semoga urusan perjalanan pergi balik dan keselamatan dipermudahkan..

Berkumpul di rumah Hj Salleh sebelum bertolak


Menyusuri Lebuhraya PLUS

Rombongan keluarga JDT dari Pagoh bertolak ke Kluang sekitar jam 11.00 pagi dengan menyusuri Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang indah permai. kami sampai dan keluar dari Tol Ayer Hitam dan terus menuju ke Felda Kahang Timur.

Dimanakah Felda Kahang Timur ini. Menurut pengalaman penulis, ini kali pertama penulis dapat bertandang ke tempat ini. Jom kita usha google.

Google lokasi Felda Kahang Timur
Selepas melalui perjalanan dan melepasi Bandar Kluang, para ahli keluarga yang berkonvoi tadi sampailah ke Felda Kahang Timur dan berhenti di Masjid Felda Kahang Timur untuk berkumpul serta bersolat zuhur di masjid tersebut..

Di dalam Masjid Felda Kahang


Usai solat zohor di masjid, para ahli keluarga bergerak ke rumah pengantin dan berhenti sebentar di rumah bersanggah yang disediakan. 

Di rumah sanggah

Banner menyambut keluarga JDT Pagoh

Jam 2.30 petang bergerak rombongan pengantin perempuan ke rumah Ruzaidi beramai-ramai untuk majlis persandingan dan santapan. Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar dengan juadah yang enak dan pelbagai. Seingat penulis, Tau Fu Fa dan bubur cacar pun ada. Ermm. enak sekali rasanya.

mempelai yang ceria


apa pakcik ni nak buat ni

bersilat rupanya pakcik ni


Kemeriahan majlis bertandang kerumah pengantin lelaki ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Dato Sri Hishamudin dan Datin Seri ke rumah Pengantin, Untuk makluman, Dato Sri Hishamudin ini adalah Menteri Pertahanan dan merangkap Ahli Parlimen kawasan Sembrong Johor.

Di atas singgahsana pelamin 
bersama Dato Sri Hishamudin

Alhamdullilah selesai majlis ahli keluarga JDT Pagoh pun beransur pulang, ada yang terus balik ke Pagoh, ada yang menghala ke Johor Baharu, ada jugak yang singgah di Kluang dan ada sempat singgah di Air Hitam untuk membeli belah apa yg patut.

Tahniah diucapkan kepada pasangan Piqa dan Edi. Semoga berbahagia sehingga ke Jannah. Dan Penulis ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas kekurangan gaya bahasa dan penulisan. Semoga kita bertemu lagi dilain kesempatan serta Ikatan Ukhwah yang terjalin perlu dikekalkan sampai biler-biler.....

Jumpa Lagi 

InsyaAllah


Abg Chilin Aka Penulis
Tg Malim 16 Januari 2017


Dah abis daa. jom balik 


0 comments:

Post a Comment

 
;