Friday 7 April 2017

Travellog ke Bumi Australia

Salam hormat semua.

Berjumpa lagi dalam catatan ke bumi Ausiee.

Lawatan penulis ke bumi Australia adalah untuk mengikuti Lawatan Akademik pelajar Sarjana Sains Pengurusan Kontrak Pembinaan di bawah Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Lawatan adalah dari 1 April 2017 hingga 5 April 2017.




Disertai oleh 10 orang ahli yang terdiri daripada 2 orang Pensyarah PM Dr Maizon, Pm Dr Emma, 5 pelajar, Mr Kerk, Mr Wong, Cik Zee, Pn Sahara, Penulis dan  ahli keluarga terdekat, Siok Ai (Teman Kerk), Anuar (asben Sahara) dan Isteri Penulis sendiri.


Kami singgah makan kat R&R Max Highway


Penulis bertolak dari UTM KL ke Putrajaya untuk park kereta pada hari Sabtu 1 April 2017. Di Putrajaya, penulis telah park kereta di PutraJaya Park N Ride, sungguh convenience tempat ini. Caj RM 2 utk siang dan RM 4 untuk malam.


Di Dalam ERL ke KLIA 2

Penulis bergerak ke KLIA2 menaiki ERL dari Stesen Putrajaya dengan tambang dalam sekitar RM 9.90 per pax. Kami berdua sampai di KLIA2 jam 6.30 Petang.


Sampai Dah di KLIA2


Masih di KLIA2

Sampai KLIA2 kami terus solat jamak maghrib dan isyak dan seterusnya check in di kaunter Air Asia. Penerbangan Air Asia X ke Gold Coast Australia adalah dijadualkan jam 11.55 malam dengan kod penerbangan D 206. 






Bersama rakan MSC CCM dan Pensyarah Dr Maizon dan Dr Emma



Dalam Pesawat D206 Air Asia X sebelum berlepas

Penulis dan Isteri telah duduk pada kerusi 24A dan 24B. Penerbangan yang dijadualkan pada 11.55mlm telah lewat dan hanya bergerak dari KLIA2 sekitar jam 12.30 tengah malam.

Perjalanan selama 8 jam 45 minit sampai ke Destinasi di Lapangan Terbang Gold Coast sekitar jam 11.00 Pagi. Perbezaan waktu antara bumi  Malaysia dan Australia adalah selama 2 jam. Iaitu Malaysia masa itu masih pukul 9.00 pagi. 
Hampir Mendarat di Airport Gold Coast


Masih Didalam penerbangan



Setibanya di Airport Gold Coast yang boleh dianggap kecil atau airport domestic tetapi sungguh teratur dan bersih, kami di sambut oleh agen iaitu Hj Ismail. Sungguh ramah beliau yang sudah tinggal di Australia kira-kira 30 tahun.


Gold Coast Airport


Gold Coast Airport


Memasukkan barang dalam container van


Kami menaiki van dengan kontainer singgah ke pantai Onggalata di Gold Coast untuk menikmati sarapan nasi lemak. Sungguh dingin + sejuk rasa angin. 

Alhamdullilah, menurut tourist guide, Hj Ismail kami tiba di bumi Australia selepas selesai kejadian ribut dimana kebanyakan tempat di sekitar brisbane telah dinaiki air atau banjir.


Bersih dan cantik persekitaran kawasan Gold Coast



Di Pantai Ongalaata, Gold Coast


Berlatar belakang laut yang agak keruh selepas dilanda ribut


Selepas itu kami bergerak ke Paradise Country. sebuah tempat macam-macam ala zoo yang mengandungi binatang-binatang seperti Kangaroo, Koala. Selain itu ada juga persembahan melibatkan binatang-binatang disana.







Kangaroo

Koala










Jam 5.00 petang kami bergerak singgah ke pasaraya @ Westfield untuk membeli barang keperluan air minuman, roti, buah-buahan dan plug untuk charger telefon



Selepas itu kami bergerak lagi ke Brisbane untuk check in di Trebicca Apartment di Jalan Boundary Street.



Check in di Tribecca Apartment

Waktu isyak di Brisbane lebih kurang sekitar 6.50 ptg. Malam menjelang kami menyusuri Bandaraya Brisbane untuk mencari makan, jalan dan jalan dapatlah makan kebab di jalan Charllete, Harga 10 Dolar bersamaan RM 35 duit Malaysia. Kenyang sungguh dibuatnya.

Kebab berharga lebih kurang RM 40
Panorama malam di Brisbane

Pukul 11 malam beradulah kami dengan cuaca yang amat dingin sekali dan selamat beradu

Hari Kedua Di Brisbane bersamaan hari Isnin. ( 3 April 2017)


Subuh di Brisbane lebih kurang pukul 4.00 pagi. Pukul 5.00 pagi sudah terang benderang di sini.Selepas bersarapan di Apartment penginapan. Kami berkumpul di lobi. Tepat 9.00 pagi kami bergerak ke QUT University. Tujuan kami ke sana ialah melawat Fakulti Engineering yang berkaitan kursus QS disini. Penerangan telah diberikan oleh 4 orang iaitu terdiri 3 orang pensyarah QUT iaitu Prof Robin, Dr Carol dan Dr Andrian dan seorang pelajar PHD yang berasal dari Malaysia bernama Noor Akmar. Selepas itu, kami telah dibawa untuk melawat sekitar kawasan Universiti yang terbukti sungguh konduksif.












































Selesai kami melawat QUT University, tentatif seterusnya melawat Australian Institut of QS di Bandaraya Brisbane. Kami telah diberi taklimat mengenai perkembangan terkini sektor pembinaan di Australia beserta cabaran-cabaran terkini di dalam profesion QS di sana








Selepas mengunjungi Australia QS Institute, agenda seterusnya adalah Free and Easy, dimana akan menyusuri Sungai di Bandaraya Brisbane. Ya Allah memang mengujakan, cantik, bersih dan very nice ciptaan Allah SWT ini.












Sebelum kami pergi dinner, sempat gak round sekitar river bank di Brisbane ni






Selanjutnya, kami singgah dinner di kedai Turki, memang lapar time tu. Menu berbeza dengan di Tanah Air. selesai makan, kami jalan-jalan lagi sekitar Brisbane untuk menikmati panorama malam pula.










Lepas penat berjalan, kami pun balik ke rumah penginapan untuk melelapkan mata dan merehatkan badan..


4 April 2017 (Selasa)

Hari ketiga di bumi Brisbane. Kami check out dari apartment penginapan dan akan singgah disekitar Brisbane City untuk membeli souvenior dan menaiki Wheel Of Brisbane












Sebelum kami meneruskan perjalanan ke Gold Coast, kami di bawa oleh Haji Ismail selaku tourist guide ke satu tempat yang dinamakan Mt Coot-tha Summit bagi menyusuri panorama kota brisbane lagi sekali







Perjalanan diteruskan ke Gold Coast yang dianggarkan mengambil masa hampir 1 jam setengah. Walaupun jarak lebih kurang 90km, tetapi pemandu di sana amat patuh kepada had kelajuan




Selepas check in di apartment penginapan, kami keluar berjalan ke sekitar Gold Coast untui mencari makan, jalan-jalan jumpa juga satu restoren halal di sana. Panomara malam di Gold Coast memang menunjukkan tempat ini memang happening .







5 April 2017 (Rabu)

Selepas keluar dari apartment, perjalanan seterusnya menuju ke Bond University, yang merupakan universiti swasta di Gold Coast. Sekadar melawat luaran universiti dan sempat singgah di dalam library universiti tersebut














Destinasi selanjutnya adalah sea world. Sea World adalah taman tema yang amat terkenal dan berada di utara Gold Coast. Mempunyai pelbagai jenis pertunjukkan di dalamnya

















0 comments:

Post a Comment

 
;