Monday 31 December 2012 0 comments

Umrah Februari 2012 singgah di Jeddah

0 comments

Umrah Februari 2012 Siri 1

0 comments

Majlis Penyampaian Hadiah Sekolah Agama 2012

Anakku Husna Farhananoor berjaya mendapat nombor 3 untuk peperiksaan dalam kelas darjah 2 sesi petang 2012, Sekolah Agama Rakyat Tg Malim. Majlis telah diadakan pada hari Sabtu
Sunday 30 December 2012 0 comments

Hadir Walimatulurus Anak Hj Asnan

Bertempat di Dewan Tan Sri Mahfuz,  Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 22 September 2012
0 comments

Sekitar Majlis Perkahwinan Anak Saudara Norhasni Binti Mazlan 22 Disember 2012

Bertempat Di Dewan Serbaguna, Taman Melati
Tuesday 28 August 2012 0 comments

Ayah Mertua Pergi Selama-lamanya

Jam 10.40 pg 28 Ogos 2012.Isteri tersayang dapat sms dari adiknya yang menyatakan suruh balik ke kampong.Setelah selesai tugasan dipejabat dan ambil anak sekolah serta mengemas baju.aku hendak bertolak dlm jam 2.00ptg. Ketika bersiap-siap untuk memulakan perjalanan.aku mendapat call drp adik yg menyatakan sudah tiada. Ku kuatkan membawa kereta dalam keadaan sedih dan teresak-esak. Sampai di Hentian Sebelah Pedas Linggi.aku mendapat berita.ayah mertua ku akan dikebumikan selepas asar.jadi aku berfikir aku kena sampai sekitar jam 5 ptg bg menatap jenazah arwah kali terakhir.Alhamdullilah.aku sampai tepat2 doa hendak dihabiskan dan sempat untuk mencium jenazah kali terakhir. Aku akan rasa sangat ralat kalau tk sempat berjumpa. jenaxah disolatkan selepas itu di Masjid Jamek Kg Raja. Jenazah selamat dikebumikan jam 6 petang. ketika sampai kt rumah.aku tengok jenazah arwah dalam keadaan tersenyum. SEMOGA ROH AYAH MERTUA KU DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG BERIMAN.AMIN
Wednesday 1 August 2012 0 comments

Servis Kereta Nissan 2012


28 Julai 2012 @ sabtu, aku telah pergi ke Batu Caves untuk servis kereta Grand Livina WWW 792. Servis adalah untuk 1000km . Mileage ketika itu ialah 1716km.

Layanan yang diberikan sangat baik dan petugas syarikat yang begitu mesra ke atas pelanggan. Kereta siap diservis pada jam 12.00 tengah hari. Untuk servis selanjutnya adalah pada 5000km yang dijangkakan pada bulan Oktober 2012.

Caj bayaran agak berpatutan dengan bayaran RM 146.50 sahaja. Jumpa lagi
Sunday 22 July 2012 0 comments

Rombongan Tadika Kurnia Ke Kuala Lumpur

Pada 15 hb Jun 2012 bersamaan Ahad 2012. Kedua-dua anakku Ain Firzanahnoor (4 tahun) serta ditemani oleh kakaknya (8 tahun) , Husna Farhananoor telah menyertai rombongan sekolah yang dianjurkan oleh Tadika Kurnia.

Destinasi rombongan ini adalah ke Bandaraya Kuala Lumpur. Seawal jam 5.30pagi, kedua-dua anakku telah bangun untuk mempersiapkan diri serta beruniform pakaian sekolah. Setiap anakku dikena tambang RM 80.00 yang meliputi tambang bas, makanan serta tiket untuk memasuki taman-taman permainan.

Kami sekeluarga telah tiba di tadika kurnia seawal 6.45 pagi, dimana bas dijangka bertolak jam 7.00pagi. Walaubagaimanapun, bas hanya bergerak seawal jam 8.00pagi setelah semua kanak-kanak yang mengikuti rombongan hadir sepenuhnya.

Antara tempat dilawati adalah seperti Taman Burung, Taman Rama-rama, Planetrium dan I-City Shah Alam.

Kedua-dua anakku pulang semula ke Tanjong Malim,pada jam 10.00 pagi dengan reaksi muka yang keletihan tetapi dalam kegembiraan






0 comments

Selamat Tinggal Galaxy Ace

Galaxy Ace kepunyaan isteriku telah dibeli di sebuah kedai berhampiran Wetex Parade, Bandar Muar pada penghujung tahun 2011.

Walaubagaimanapun, telefon ini telah digunakan oleh aku sehingga Jun 2012. Banyak jasa telefon ini, dan ia pernah sampai di Tanah Suci Kota Madinah dan Kota Mekah daripada 14 Februari 2012 sehingga 27 Februari 2012.

Tarikh 15hb Jun 2012, Samsung Galaxy Ace ini telah dibeli rakan sepejabat dengan harga RM ..... Terima kasih Galaxy Ace sepanjang 7 bulan bersama keluarga chilin.

Monday 18 June 2012 0 comments

BHP 4566 -> WWW 792



1 April 2005, Proton Waja BHP 4566 telah mula berkhidmat kepada tuannya di singgahsana Behrang 2020. Banyak perjalanan yang ditempuhi bersama BHP 4566 antaranya ke Alor Setar, Kuala Perlis, Kangar dan Padang Besar pada sekitar 2007 bagi menghadiri perkahwinan rakan UTM, Ucop. Selain itu, BHP 4566 pernah membuat perjalanan ke Kuantan, Cherating dan seterusnya ke Kemasik Trengganu pada sekitar Mei 2010. Disember 2011, BHP 4566 meneruskan perjalanan ke UTM Skudai bagi menghantar Anak Sedara Kamil Hafiz mendaftar sebagai pelajar baru. Selanjutnya, BHP 4566 pernah sampai ke Port Dickson, Melaka, Genting Highlands, Cameron Highlands, Gemas dan Pagoh.

Yang paling diingati, puteri kedua Ain Firzanahnoor yang lahir di Slim River pada 27 April 2008, juga telah dihantar ke Hospital Slim River, menerusi BHP 4566.

Tanggal 16 Jun 2012 bersamaan hari Sabtu, BHP 4566 telah mengakhiri perkhidmatan bersama tuannya dan  saling berganti dengan Grand Livina WWW 792.

Selamat Datang kepada Nissan Grand Livina WWW792



 
;