Wednesday, 8 April 2020

Kembara Ke Balkan

Assalamualaikum

Alhamdullilah kali ini, saya akan berkongsi pengalaman sy berjalan dengan isteri ke negara Balkan. Ada sebanyak 9 negara akan saya pergi bersama dengan sebuah agensi travel. Negara-negara tersebut adalah..

1) Itali
2) Austria
3) Croatia
4) Bosnia
5) Montenegro
6) Albania
7) North Macedonia
8) Bulgaria
9) Turki

Kalau ikut bilangan negara, memang panjang journey ni. Alhamdullilah tahun 2017, sy dah sampai ke Australia iaitu di Brisbane dan Gold Coast. Tahun 2018, saya berkesempatan ke Eropah yang merangkumi UK, Perancis, Belgium, Belanda, German dan Swiss. Kali ini sy akan share pulak berkenaan trip ke Balkan..

10 Disember 2019 (Malaysia ke Iran)

Saya bergerak ke KLIA pada 10 Disember 2019. Mengambil perkhidmatan ERL dari KL Sentral ke KLIA. Perjalanan memang pantas. Iaitu dalam sekitar 28 minit. Tiket kira mampu milik RM 55 untuk satu perjalanan. Kami iaitu saya dan isteri sampai di KLIA sekitar jam 7.00 Petang.




Berkumpul dikaunter M dan terus ke Gate C25 dengan menaiki Aero train.


Menunggu ketibaan pesawat Mahan Air. Jam 11.15 malam, Flight Mahan Air bertolak ke bumi Tehran untuk transit seketika sebelum menyambung penerbangan ke Airport Milan.


Perjalanan ke Tehran mengambil masa sekitar 7 jam dan kami tiba di IKIA International Airport jam 2.45 pagi.



IKIA airport shortname kepada Imam Khomeini International Airport. Kami transit dalam 3 jam. Sempat gak solat subuh di Surau Airport. Airport takde lah besar macam KLIA.






Perjalanan diteruskan dengan pesawat Mahan Air W5 110 ke Milan. Dalam flight ada makan lagi, manjang terjaga jer.makanan pun sampai. haa, haa



11 DISEMBER 2019 (Milan, Itali)

Perjalanan dianggarkan sekitarr 6 jam dan kami selamat mendarat di Malpensa Milan Airport jam 10.30am. Selepas selesai mengambil bagasi, kami menaiki bas. Ya Allah, keluar airport, dia punya sejuk,pergh memang sejuklah.


Destinasi pertama kami adalah restoren makan untuk menjamu perut selepas sekian lama berada di perut kapal terbang Mahan Air. Selepas menjamah selera destinasi seterusnya ke Kota Milan yang terkenal dengan Kota Fesyen.Antara tempat dilawati adalah Santa Maria delle Grazie, Sforza Castle dan lain-lain. Jom kita serba sedikit, gambar untuk dikongsi






Selepas Milan, perjalanan diteruskan ke Venice. Jarak Venice dari Milan lebih kurang 270km. Kami selamat sampai di Hotel Albatros di Venice.



12 Disember 2019 (Venice)



Selepas check out,destinasi seterusnya ke pusat pelancongan terkenal di dunia iaitu Kota Venice. Yang uniknya untuk sampai disini, perlu menggunakan kenderaan air iaitu Feri. Perjalanan menggunakan feri adalah mengambil masa dalam 25 minit. Ia terkenal juga dengan Gondola. Apa itu Gondola. jom kita tengok nanti. Cuaca kat Venice boleh tahan sejuk. 2C boleh bayangkan berapa helai baju kene pakai.










Selesai menjelajah ke Venice, kami menjamu selera disebuah restoren dan kemudian singgah di pusat komuniti islam di venice untuk solat jamak zohor dan asar. Waktu zohor dan asar adalah masuk awal sekitar pukul 11 pg dan pukul 2 ptg.






Perjalanan diteruskan ke negara Austria pula iaitu ke kota Vienna yang dianggarkan berjarak sejauh 610km. Bayangkan 600km lebih kurang Melaka ke Padang Besar. memang lama lah. Lebih kurang dalam 6 jam perjalanan



Selepas menempuh perjalanan selama 6 jam. kami sampai di hotel di kota Vienna sekitar pukul 1 pagi.

13 Disember 2019 (Vienna Austria)

Selepas breakfast, aturcara selanjutnya adalah city tour sekitar kota Vienna, sempat kami berjalan sekitar 4km rasanya, tapi kepenatan tidak dirasakan sangat sebab cuaca yang sejuk.. tapi lenguh kaki juga dibuatnya. haa, haa. Antara tempat dilawati adalah seperti Opera House, Rigtrasse, Hofburg Imperial Palace, City Hall , Parliament, St. Stephen's Cathedral. Currency yang digunakan di Austria adalah Euro. Dimana satu Euro bersamaan lebih kurang RM 4.80 Malaysia. Harga barang kat sini boleh tahan mahal. Satu fridge magnet lebih kurang 8 Euro iaitu lebih kurang RM 20. Lepaslah 4 pinggan nasi kat Malaysia. hee,hee. Usha t shirt Vienna pun dalam 20 Euro sehelai. Memang taraf hidup kat Kota Vienna boleh dikatakan tinggi juga setanding dgn negara Eropah lain












Sebelum bertolak ke Croatia iaitu ke Kota Zagreb, sempat kami makan dan singgah solat di Pusat Islam di Kota Vienna. Ini membuktikan, Islam terus subur di bumi Eropah. Alahamdulillah










Perjalanan diteruskan ke Zagreb yang mengambil masa sekitar 4 jam dengan jarak hampir 375km. Ketika salji makin tebal melanda kota viena  hingga ke croatia.





Kami sampai di Kota Zagreb sekitar jam 10.30 malam dan menginap di Hotel Grand Hill. Sesampai di hotel terus makan dan berehat dibilik. Bilik nya agak unik. jom saksikan designnya




14 Disember 2019 (Zagreb)

Selepas breakfast, kami checkout meneruskan city tour ke Kota Zagreb. Di Kota Zagreb kami sempat jalan-jalan ke Dolar Bazaar, St Mark Church, Lotscak Towe, Mirogoj Park Cementry, Ban Jelacic Square dan Geo History Museum. Untuk makluman, currency di Croatia, dia tak guna Euro, dia menggunakan mata wang sendiri yang dipanggil Croatia Kuna. Matawang ini memang takde kat Malaysia, memang kena tukar dengan Euro. 1 Euro bersamaan dengan 7 Kuna.












Perjalanan diteruskan dan kami singgah makan tengahari di Plitvace. Plitvace ini memang mengujakan dengan mempunyai tasik yang begitu cantik. 


















Selepas singgah di Tasik Pltvice, kami meneruskan perjalanan ke Negara Bosnia Herzegovina. Sebelum masuk kenegara Bosnia, perlu melalui pintu sempadan, sama seperti di sempadan Croatia sebelum ini. Kami kena turun untuk pemeriksaan imigrisen. Dalam kesejukan, kami beratur dipejabat imigrisen untuk pengesahan passport. Alhamdullilah, selepas selesai perjalanan diteruskan ke Hotel Emporium yang terletak di bandar Bihac Bosnia dimana ia hampir dengan sempadan Bosnia-Croatia


15 Disember 2019 (Bihac- Sarajevo)

Selepas breakfast kami akan bertolak ke Sarajevo, yang jarak hampir 400km dengan melalui jalan kampung. Tetapi panorama memang Subhanallah dan cantik sekali. Sebelum itu, untuk makluman bersama, Negara Bosnia ini adalah sebuah negara Islam yang terhasil selepas Yugoslavia telah berpecah akibat perang suatu masa dahulu. Mata wang Bosnia, sama seperti croatia, menggunakan mata wang sendiri iaitu Bosnia Mark. Nilai pertukaran 1 Euro bersamaan 1.97 Mark Bosnia.








Sebelum sampai ke Sarajevo sempat kami singgah di satu bandar kecil yang dikenali Travnik untuk makan tengahari dan solat jamak zohor dan asar.








Selepas makan, pejalananan diteruskan ke bandar sarajevo, yang merupakan ibu negara Bosnia. Kami sampai di bumi Sarajevo dalam sekitar jam 4 ptg. Pukul 4 ptg macam dah masuk maghrib. Sempat kami city tour di sekitara bandar sarejevo seperti Latin, Fatih Mosque dan juga bazar sekitar bandar sarajevo. Kalau dilihat secara fizikal, pembangunan di kawasan amat tertinggal berbanding dengan kita Zagreb. Dimana kesan peperangan masih kelihatan.








16 Disember 2019 (Sarajevo- Mostar- Kotor-Budva)

Hari ini kami akan check out dari Hotel Koncept di Bandar Sarajevo dan meneruskan perjalanan ke Kota Mostar sebuah bandar yang terletak di Negara Bosnia. Mostar pun bekas tinggalan sejarah perang, tetapi panorama memang mengasyikkan. Kalau tuan-tuan perasan ada satu drama yang scene nya berlangsung di Mostar. tajuknya Cintaku Tertinggal di Mostar. Cer gugel nanti akan jumpa drama lakonan siti saleha dan remy ishak tu.











Betulkan, memang cantik kan panorama Kota Mostar yang selama ni hanya ditonton kat internet jer. Usai lawatan, kami sempat singgah di sebuah masjid dipinggir Mostar untuk solat jamak sebentar sebelum meneruskan ke Negara Montenegro.



Montenegro asalnya pun dari negara bekas Yugoslavia. Sebuah negara kecil dan cantik yang mempunyai kepadatan sekitar 620 ribu penduduk dengan komuniti islam mewakili 20% dari bilangan penduduk. Rata-rata punca pendapatan ekonomi bergantung kepada industri pelancongan. 

Balik kepada trip perjalanan dari Mostar tadi, kami perlu melepasi sempadan Montenegro untuk pemeriksaan imigrisen sekali lagi. Daripada sempadan kami sampai di tempat bernama Kotor ini sekitar 7.00 malam. Walaupun namanya kotor, tetapi bandar nya amat cantik dan bersih sekali, cuma malangnya tentatif kami kat sini tiba waktu malam, tapi masih mempersonakan lagi. Jom kita tengok.Antara menarik di Kotor adaah Shame Wall, Tourism School, Major Building





Destinasi seterusnya ke Budva untuk check in di Hotel Bracera yang berkedudukan di tepi pantai.


17 Disember 0219 ( Budva- Tirana- Ohrid)

Bila jendela bilik hotel diselak, tersergam pemandangan yang indah iaitu laut yang mengujakan 


Hari ini perjalanan akan diteruskan ke negara North Macedonia dengan melalui negara Albania untuk singgah seketika di Tirana. Sebelum bergerak, kami dibawa menyusuri bandar Budva serta Dubrovnik sebelum ke Albania.












Perjalanan selanjutnya diteruskan ke Albania. Seperti biasa apabila menghampiri sempadan, perlu berhenti seketika untuk pemeriksaaan imigrisen. Oleh kerana perjalanan yang panjang dan kesukaran untuk mencari masjid untuk berhenti solat, kami terpaksa bersolat secara musafir di dalam bas. Lebih kurang pukul 4.00 ptg waktu tempatan kami sampai di Bandar Tirana yang merupakan Ibu Negara Albania. Apabila diGugel, Negara Albania merupakan sebuah negara kecil yang mempunyai keluasan 28, 000 km2. Antara tempat menarik dikunjungi di Tirana adalah Iskender Bey Square dan Ethme Bey Mosque.






Selepas singgah di bumi Albania untuk makan dan solat seketika. Perjalanan diteruskan ke Negara North Macedonia dan kami bermalam di Ohrid. Ohrid merupakan sebuah bandar dengan terkenal tasik semulajadi terbesar di North Macedonia. Seperti negara lain, negara ini adalah bekas negara pecahan dari Yugoslavia.

 18 Disember 2019 (Ohrid- Skopje)

Jadual hari ini ialah adalah singgah di Ohrid untuk city tour, free and easy , makan tengahari dan solat zohor. 









Selanjutnya bertolak ke ibu negara North Macedonia iaitu Skopje.Banyak tempat dilawati iaitu Mustafa Pasha Mosque, Murat Pasha Mosque , Stone Bridge dan juga Square of Macedonia. Selepas city tour kami check in di hotel di pinggir bandaraya Skopje









19 Disember 2019 (Skopje- Sofia)

Selepas check out, perjalanan akan diteruskan ke Negara Bulgaria . 




Jarak dari Skopje adalah sejauh 250km. Sofea merupakan Ibu Negara Bulgaria. Kepada yang pernah menonton filem Dilwale lakonan SRK dan Kajol, antara scene tersebut adalah di kota indah Sofia ini. Antara tempat disinggah adalah seperti Banya Bashi Mosque, Alexander Nevski Catedral. Selepas lawatan, kami check in di Hotel Silver diSofea









20 Disember 2019 (Sofia-Istanbul)

Perjalanan hari ini cukup mencabar kerana jauh lebih 550km yang mungkin masa 6 jam dan perlu melalui sempadan imigrisen Turki yang ketat. Bertolak jam 4.00 pagi, kami singgah solat subuh sebentar di Masjid di Negara Bulgaria sebelum menyambung perjalanan yang jauh lagi. Sekitar jam 4.00 ptg kami sampai di Bumi Istanbul yang sememangnya amat mendamai. Seperti biasa, Kota Instanbul terkenal dengan Grand Bazaar, Blue Mosque dan Aya Sofia untuk dilawati. Sesudah shopping di Grand Bazaar yang sememangnya amat besar dan boleh tersesat kalau tak ingat pintu masuk. Matawang turki adalah menggunakan Lira yang boleh ditukar di Malaysia.









21 Disember (Istanbul-Tehran)



Selepas breakfast dan check out dari hotel  Golden Way di Istanbul,kami menuju ke Airport baharu Istanbul yang sememangnya amat besar dan moden sekali untuk perjalanan ke Tehran dengan pesawat Mahan Air.










22 Disember (Tehran- Kuala Lumpur)

Bertolak dari Tehran jam 10 malam, Alhamdllilah, kami selamat sampai ke KLIA jam 10 pagi.  InsyaAllah kita berjumpa lagi dalam Travellog akan datang . Imbasan perjalanan ke Europe 6 Negara












0 comments:

Post a Comment

 
;