Sunday 27 December 2015 3 comments

CATATAN FAMILY DAY HJ ARIFF 2015

Alhamdullilah, Program Hari keluarga Hj Ariff 2015 telah selamat melabuhka tirai pada 27 Disember 2015 (Ahad). Di kesempatan ini, penulis ingin coretkan perjalanan Family Day Hj Ariff ini untuk menjadi tatapan kepada semua ahli keluarga dan pembaca.



Hari keluarga Hj Ariff 2015 ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam daripada 26 disember 2015 sehingga 27 disember 2015 (Sabtu & Ahad). Event kali ini adalah kesinambungan dari Family Day yang telah diadakan sebelum ini di Morib kira-kira pada tahun 2013.

Majlis kali ini telah dihadiri oleh ahli keluarga besar seperti Hj Salleh & Long Senah + Abg Izam,  Ucu Rom +Helmi, Pak Sahar & Mak Ju+Anak2, Pak Taib & Mak Idah+ Anak-nak, Pak Man, Mak Milah+Anak Mak Minah, Kak Lin & Abg Rahim+Mira,Piqa,Nabillah dan Athirah, Baim&  Kak Ikin+Anak2, Abg Sobri & Nanu+Anak2, Hanapi & Aini+Anak2, Wahida & Suami+Anak2 .Bilangan yang menyertai program kali ini dianggarkan sekitar 50 0rang.

Kami dan team keluarga besar telah menginap di Villa A Farmosa  Resort bernombor 880. Villa ini mempunyai 4 bilik, 2 bilik air, ruang tamu serta dilengkapkan dengan kemudahan hawa dingin serta yang paling menyeronokkan mempunyai sebuah kolam atau swimming pool yang dikira agak comel.

Pukul 2.00 petang kami telah check in yang didahului oleh Wahida, Ucu Rom dan Hanafi. Kira-kira 20 minit berikut, Sobri dan Nanu telah tiba. 

Kira-kira jam 3.00 petang,acara pertama telah berlangsung iaitu acara makan yang kelihatan muka-muka lapar, hee,hee oleh majlimereka-mereka. Menu amat menyelerakan dengan macam-macam menu seperti gulai nangka, rendang, keladi, ikan asam, lemang, goreng ikan dan lain-lain lagi

Setelah selesai menjamah makanan, tibalah masa yang ditunggu iaitu acara terjun kolam, dengan menjadi tumpuan kepada anak-anak yang kecil dan bapak-bapaknya sekali. Acara ini tamat pada sekitar 6.30ptg.

Selepas penat berendam, kami semua sempat berposing satu keluarga di hadapan banner yang ditempah khas dari Tg malim, hee,hee.

Acara Malam

Selepas maghrib dengan rasa syukur dan kerdil, majlis doa selamat telah berlangsung dan dipimpin oleh Long Salleh. Saat tika majlis doa sedang berlangsung, ayong nazirul dan apit dah start untuk menghidupkan arang untuk acara barbeque. Barbeque ini melibatkan menu seperti ayam, ikan kembung, cencaru @ jaket, otak-otak dan sosej. Makan punya makan, masa dah hampir 11 mlm. dan ketika itu ajk sukan dan hadiah sedang menguruskan untuk event esoknya yang diketahui oleh Mira.

Tepat jam 12 malam, masing2 zzzzzz. Ada yang tidur dalam khemah, ruang tamu dan kondo yang turut disewa untuk menampung ruang bilik yang tidak cukup. Air cond cukup sejuk kat villa ni.


27 Disember 2015 (Ahad)

Jam 6.00 pagi ramai yang dah bangun untuk solat subuh. Bila ditinjau di ruang dapur, kelihatan long senah, ucu rom dan mak milah sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi dengan memasak nasi goreng yang sememang memang sedap.fuhhh.

Sarapan telah bermula sekitar jam 7.30 pagi dengan hidangan nasi goreng yang marveles disamping lauk BBQ yang masih tak abis malam tadi.

Jam 8.30 pagi telah bermula acara sukaneka di padang lapang yang terletak di seberang jalan Villa kami. Memang meriah acara yang dikendalikan oleh Mira serta Abg Sobri dan dibantu oleh Piqa, Nabilah, Haiqal dan lain-lain. Yang kesiannya Abg Sobri ini tengah dilanda sakit. Tapi dia gagahkan juga diri untuk mengendalikan acara sukan ini bersama Mira. Kami salute kepada Abg Sobri ni....atas semangat yang dia tunjukkan. 



Hampir semua join acara sukan ini yang terdiri daripada kanak-kanak sehingga kepada emak-emak dan abah-abah. Memang seronok acara sukan.



Jam 1030 pagi, beralih pula kepada acara sambutan hari lahir dengan Kek Secret Recipe yang disponsor khabarnya Pak Taib...

Selepas itu, kami bergambar lagi sekali beramai-ramai dengan temanya baju berwarna biru pulak. Seterusnya acara yang ditunggu ialah cabutan bertuah yang menjanjikan yang cukup lumayam yang diantaranya minyak masak cap buruh, hee, hee. hadiah telah disampaikan oleh Long Salleh, Pak Sahar, Kak Lin, Abg Rahim, Ucu Rom. 

Selesai acara itu, tibalah penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka yang berlangsung pagi tadi.


Nampak gayanya coret ini dah nak sampai penghujungnya....Nak tau tak, apa yang terjadi selepas penyampaian hadiah. apa lagi, terjun kolamlah lagi. hee,hee untuk sebelum berangkat balik.

Ada gembira, ada jugak sedih sikit, Abg Sobri terpaksa dibawa ke hospital Tangkak untuk rawatan lanjut. Kita doakan yang terbaik untuk beliau cepat sembuh yer.

Sebagai akhiran coretan yang serba tak best ini (kira oklah ni, hee,hee). Penulis dapat simpulkan, aktiviti family day kali ini amat bermakna kerana ikatan ukhwah dikalangan sanak saudara semakin bertambah erat dan penyertaan kali ini lebih ramai berbanding edisi sebelum ini. Semoga aktiviti ini akan bersambung lagi pada masa akan datang,

Jumpa lagi yer dari penulis amatur Abg Chilin...dan saksilah gambar di bawah ini yer 























































































































 
;