Sunday 8 April 2012 1 comments

De Palma Kuala Selangor (07 April 2012 - 08 April 2012)

07 April 2012 bersamaan hari Sabtu, kami sekeluarga telah bertolak ke De Palma Kuala Selangor. Tujuan kami ke sana adalah kerana, isteri tersayang Wahidanoor binti Wahid telah menghadiri program retreat anjuran Jabatan Bendahari UPSI.

Program retreat telah berlangsung sehingga 08 April 2012 @ Ahad. 

Kami bertolak dari rumah kira-kira jam 9.00 pagi dengan menggunakan Lebuhraya PLUS dari Tanjong Malim dan keluar pada exit Bukit Tagar dengan bayaran tol sebanyak RM 2.90 sahaja. Dari Bukit Tagar kami melalui kawasan-kawasan seperti Unisel dan bandar Bestari Berjaya yang dulunya dikenali sebagai Batang Berjuntai.

Tepat jam 11.00 pagi, kami telah sampai hotel de palma Kuala Selangor. Sementara menunggu waktu check in bilik dan isteri telah pun menyertai program retreat. Aku telah membawa 2 puteri ku mengunjungi Tesco Kuala Selangor yang berjarak 5 kilometer dari tempat penginapan.

Tepat jam 1.30petang, kami dah boleh check-in bilik 207 yang berupa chalet.

Aktiviti petang sekitar, 5.00 petang adalah membawa puteri-puteri ku mandi di kolan renang. Sungguh gembira mereka ketika bermain di kolam renang yang bersaiz kanak-kanak.

Selepas isyak, aku telah membawa anak-anak makan di kedai makan disekitar Kuala Selangor yang tak berapa ingat namanya.

08 April 2012 @ Ahad, aku telah membawa anak-anak bersarapan di pekan lama Kuala Selangor. Selepas selesai sarapan, misi mandi kolam kembali semula sehingga jam 12 tengah hari.

Kami bertolak dari De Palma Kuala Selangor ke Kalumpang kira-kira jam 2.00 petang sambil singgah membeli ikan di Pasar Penambang Kuala Selangor. Tepat 5.00 petang kami selamat di rumah selepas mengharungi perjalanan dalam keadaan hujan lebat sepanjang perjalananan dari Bestari Jaya sehingga Plaza Tol Bukit Tagar.















Jalan masuk ke Hotel De Palma Kuala Selangor

Singgah solat zuhur di Masjid Jamek Kuala Selangor


 
;