Sunday 3 September 2017 0 comments

Catatan Majlis Raja Sehari Ruzaihan & Hidayah



Salam buat semua...

Bertemu kembali di dalam catatan ringkas  untuk majlis Raja Sehari di antara adik ipar penulis iaitu saudara Ruzaihan Azrin bersama pasangannya Nurul Hidayah.

PART 1- MAJLIS PERNIKAHAN DAN PERSANDINGAN (26 OGOS 2017) SABTU

Alhamdullilah, pasangan ini telah selamat diijabkabul pada 26 Ogos 2017 (Sabtu) di rumah kediaman pengantin perempuan di Taman Sakeh, Muar Johor Darul Ta'zim.







Video Majlis Pernikahan




Majlis telah berlangsung sekitar jam 9.30 pagi dengan berwalikan oleh ayah pengantin perempuan, En Azmi, Ruzaihan telah berjaya dalam majlis akad dengan sekali lafaz. 




Majlis persandingan dirumah pengantin perempuan juga telah diadakan pada hari yang sama juga iaitu pada tengahari  Sabtu iaitu sekitar jam 2.00 petang. Alhamdullilah, majlis telah berjalan dengan lancar serta juadah yang disediakan sungguh menyelerakan sekali.










Rombongan pengantin lelaki telah siap berangkat pulang ke pagoh semula dalam  jam 4.00 petang.




PART 2- MAJLIS PERSANDINGAN DI RUMAH PENGANTIN LELAKI (31 OGOS 2017) KHAMIS

Majlis seterusnya adalah persandingan di rumah pengantin lelaki iaitu di Kampong Raja, Pagoh, Muar. tarikh yang dipilih adalah sangat unik dimana bersamaan dengan tarikh hari kebangsaan yang ke 60. Majlis telah dilangsungkan pada 31 Ogos 2017 (Khamis).







Detik yang ditunggu, majlis persandingan telah berlangsung pada jam 2.00 petang dengan dimeriahkan oleh paluan kompang serta kedatangan dari para saudara mara baik jauh atau yang dekat di sekitar Johor Darul Ta'zim

Selepas selesai majlis bersanding, sesi seterusnya disambung untuk majlis makan beradab serta memotong kek raja sehari ditempat yang telah dikhaskan








Antara tarikan yang terdapat semasa majlis persandingan di rumah mempelai lelaki ialah lauk pauk yang enak dan sedap, air yang pelbagai jenis yang diantaranya cincau, sirap bandung, oren, asam boi dan laici. boleh mana yang dikehendaki. Selain itu juga aiskrim untuk 500 orang tetamu juga tersedia

mari kita saksikan sepintas lalu







Alhamdullilah majlis upacar perkahwinan di rumah pengantin lelaki telah berakhir pada jam 4.00 petang. Terima kasih kepada saudara mara dan sahabat handai yang telah sudi datang memeriahkan majlis tersebut

Di akhir kalam, diharap sedikit catatan ini akan membawa seribu makna kepada pasangan mempelai dan keluarga dua belah pihak dan didoakan supaya pasangan Ruzaihan atau nama glamer nya Atih serta Dayah beroleh kebahagian sehingga ke Jannah. InsyaAllah.

Wassalam

Azilan
Tg Malim
04 September 2017
12.47am 

 
;