Wednesday 28 December 2016 0 comments

Kembara JDT ke Utara (Kedah & Pulau Langkawi)

Keluarga Besar JDT


Assalamualaikum

Sudah lama tidak menulis. Alhamdullilah, dengan izinNya, pena padang pasir ini kembali lagi.


Pada kali ini, penulis a.k.a Abg Chilin akan mencatatkan sedikit cerita  perjalanan ke Kedah dan Langkawi baru-baru ini. Perjalanan ke Kedah adalah untuk mengahantar pengantin ke majlis bertandang ke rumah Pengantin Lelaki antara Cikgu Hazman dan Natasya Amira dan seterusnya perjalanan dilanjutkan ke Padang Besar dan Pulau Langkawi. Jom kita ikuti catatan perjalanan berikut:


24 Disember 2016 (Sabtu)


Penulis bertolak ke Kuala Lumpur bersama keluarga dan menumpangkan kereta dirumah sedara Abg Sobri di KL. Selanjutnya kami 2 keluarga menaiki perkhidmatan Uber ke Frim Kepong. Ini pertama kali menaiki Uber. Uber yang dinaiki tersebut adalah kereta Exora. Cakap punya cakap destinasi yang nak dituju rupa-rupanya, pemandu uber tu org kelainan upaya. Utk sampai ke Frim , kami kena tulis destinasi di atas sekping kertas. Pukul 11 kami sampai di Frim . Tujuan kami pergi Frim adalah untuk menghadiri jemputan  Abg Nasir dan Isteri untuk perkahwinan anaknya yang sulung. Majlis berlangsung meriah dan aneka juadah dinikmati disini.


Bas membawa keluarga besar JDT dari Pagoh dan Tangkak telah sampai sekitar pukul 12.30 tengahari untuk jemputan tersebut. Lupalak nak bgtau siapa ada dalam bas dari Pagoh ni. 



Dalam Bas Perjalanan ke Utara

Dalam bas Pagoh ini ada Long Salleh dan Long Senah, Tok Teh, Uteh Simah, Uda Kiah, Ucu Ami,Uda Ebor, Keluarga Bang Im, Keluarga Ucu Rom aka my MIL, Mak Milah, Pak Man, Pak Taib dan Anak-anak, Anak Mak Minah, Anak Pak Sahar dan dilengkapkan oleh kami yang naik dari KL, Keluarga Abg Sobri dan Keluarga Penulis @ Chilin (hentian KL...hehe). 



Jemputan Perkahwinan Anak Bang Nasir
Kak Lin & Abg Rahim dengan Abg Nasir + Isteri
Penulis a.k.a Chilin dan Abg Nasir

Selesai sudah majlis perkahwinanan anak abng nasir, bas bergerak dan singgah di Masjid Frim utk solat Jamak Zohor dan Asar kira-kira 1/2 jam.


Selanjutnya, bas meneruskan perjalanan ke utara. Dimanakah utara tersebut. Kami singgah bermalam di Taiping Golf Club. Kami sampai kira-kira jam 9 malam dan terus makan malam yang disediakan oleh kawan baik Abg Rahim a.k.a Dato Rahim Ledang iaitu Datuk Zailani (sori klu salah eja). Alhamdulillah sungguh enak makan malam yang disediakan. Selepas itu, para ahli rombongan telah ditempatkan pada chalet2 yang tersedia. Terima kasih Datuk2 dan Datin2 semua. Semoga dikurniakan rezeki yang lebih luas.

25 Disember 2016 (Ahad)


Pukul 7 pagi sarapan tersedia, para sanak keluarga Pagoh dan Tangkak telah bersarapan ditempat yang disediakan. Alhamdullilah terima kasih sekali lagi ke pada Datuk Zailani atas kesantunan (betul rasanya wording ni) yang disediakan. Sebelum kami bertolak ke Kuala Nerang, Dato Zailani sempat memberi ucapan dan sedikit kudapan untuk kami semua.




Bergambar sebelum bertolak ke Kuala Nerang di Taiping
Abg Rahim dengan Dato Zailani

Tepat jam 9 pagi bas sudah bertolak ke Kedah dan berhenti sebentar di R&R Gurun untuk menyelesaikan apa apa yg patut. Perjalanan diteruskan dan kami sampai di Kg Seladang Rebah. Dimanakah letaknya Kg Seladang Rebah ni. Bila digoogle berada di Mukim Pedu Kuala Nerang Kedah Darul Aman.



Google Kg Seladang Rebah



Kah Jemputan Hazman dan Mira

Tujuan kami kesini adalah untuk menghantar pengantin kerumah mempelai lelaki Cikgu Hazman dan Mira. Sebenarnya, Hazman dan Mira telah bernikah pada 23 Julai 2016 dan majlis persandingan berlangsung di Tangkak pada 25 November 2016. Dan kini tibalah rombongan JDT pi ke Kedah. 



Banner Raikan Cinta


Pergh, naik vespa tu, memang rare
Mempelai bersama family Mira

JDT Pagoh bersama mempelai


Gambar semua family JDT + Kedah
Pasangan bahagia, semoga berbahagia hingga ke Jannah
Alhamdullilah layanan superb org kedah kepada tetamu JDT dengan juadah yg pelbagai kami dapat nikmati sampai tak muat perut (apatah lagi perut isteri saya...jgn marah ye). Mula makan nasi lauk macam-macam dengan agar2 dan kuih raya..pastu mai hantaq cendol pulak, pastu choq udang, pastu laksa pulak, pastu mai pulak rojak petis dan kuih cucur jawa..pastu kuew teoy...erkkk...sendawa Alhamdulillah


Cucuk Udang


Rojak Petis

Ntah, tak tahu nama, hee, hee
Kerabu Tauge, pergh marbeles


Selesai sudah rombongan bas bergerak ke Padang Besar pulak untuk membeli sedikit buah tangan disana. Jam 7.30 malam kami bergerak ke homestay yag disediakan di bandar Kangar.



Dalam kedai di Padang Besar
Untuk diborong sebelum naik bas di Padang Besar

Alhamdullilah selesa kemudahan homestay yang disediakan oleh Mak Yah (sepupu MIL saya la...waris Hj Yaakob)kepada kami. Terima kasih Mak yah.


Kebanyakan ahli keluarga Pagoh ini sudah kepenatan dan terlena kul 12 mlm.

26 Disember 2016 (Isnin)


Jam 7 pagi, sarapan telah disediakan oleh Mak Yah.Terima kasih sekali lagi Mak Yah yang sudi menerima kedatangan saudara mara dari Johor sana.

Gambar keluarga dengan Mak Yah


Jam 7.30 pagi bas bergerak ke Jety Kuala Perlis. Buat apa yer kat sini. Ermmm, apa lagi kami nak betolak ke Pulau Mahsuri menaiki feri Jam 9 pagi.. 



@Jetty Kuala Perlis- sebelum naik ferry

Jam 11 Pagi kami telah mendarat di jeti Pulau Langkawi. Seingat penulis,last sekali penulis menjejak kaki di Pulau Langkawi ni pada tahun 2014.


Gambar kegembiraan selepas sampai di Langkawi

Apa ada di Langkawi jom kita tengok.


Check Point 1- Singgah perusahaan Gamat Nusantara



Perusahaan Minyak Gamat Nusantara Maju
Jom tengok kat dalam
Boromg jangan tak borong


Check Point 2- Singgah Kedai Batik + Bahulu Segar

Check Point 3- Singgah makan di Restoran Selera Kampong

Memang sodap sampai tak terkato


Check Point 4- Singgah solat di masjid Mahsuri

Singgah solat sat yer

Check Point 5- Singgah Borong coklat di Billion Kuah



Mak Milah, borong Daim tu


Check Point 6- Tinjau-tinjau apa ada di Rams Kuah



Gumbira di dalam Rams
Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik kepada Nenek + Mak-mak sedara dan Mak semua
Nak pilih yang mana satu ni bang, ada yg tak cukup lg ni,.hee.hee
Kita beli barang hantaran kat sini jelah, hee, hee
Tinjauan dari bas

Check Point 7- Beli Belah di Kompleks HIG

Check Point 8 - Makan di Medan Selera IG


Check Point 9- Check In Home Stay Kondo Istana


27 Disember 2016 (Selasa)


Pukul 7 pagi, kami semua pergi sarapan di gerai yang berhadapan dengan Kompleks Haji Ismail. Macam-macam ada nasi lemak, roti canai, nasi goreng dll.

Penulis aka Chilin dan Isteri Tersayang, chewah..
Sarapan menghadap bangunan HIG

Selesai sudah mengisi perut, kami kesemua bergerak ke Gunung Ma Chincang untuk menaiki kereta kabel. ada yang tak naik kereta kabel pergi melawat Muzium 3D. Harga tiket untuk menaiki kereta kabel ini berharga RM 30.


Dua beradik yang sentiasa riang + ria
berehat sebentar di hadapan bangunan sky cap
Suasana girang di puncak gunung mat chicang
Kak Der dengan Abah kesayangan


Keluarga JDT yg awesome di puncak gunung Mat Cicang


Dalam Kereta Kabel. semoga ukhwah sepupu kekal erat
Sicomel ni pun ada, hee,hee
view yang menarik
dari bawah


cuak gak tengok ni
Azrin sorang jer lelaki dalam ni

Keluarga Pak Man, Pak Taib dan Anak Mak Minah serta Anak Pak Sahar

Kat mana ni Mak Ikin. Muzium 3D ker,


Ceria Kak Der ni


Pukul 11 pagi kami bergerak ke pekan kuah dan makan thari di Restoren Abbey. 


Pukal 12.30 kami bergerak ke Jeti Langkawi untuk menaiki Feri jam 2 Ptg. Perjalanan 1 jam setengah masih dibuai dengan detik indah di Pulau Langkawi...





Mak Milah cari apa tu, coklat tak cukup ker, hee, hee


Mimpi apalah tu
Pukul 4.30 ptg kami bergerak dari Kuala Perlis balik ke Pagoh. Bas sempat singgah di Kubang Semang, R&R Gunung Semanggol, Sg Buloh.

Bas sampai Di KL jam 1.00 pagi. Disini penulis dan Abg Sobri serta anak pak sahar turun di sini. Bas seterusnya bertolak ke Pagoh dan selamat sampai jam 3.30 pagi.



Sekali Cerita dah abis daa
JOM BALIK


ucapan jutaan terima kasih kepada Abg Rahim a.k.a Dato Rahim dan Kak Lina a.k.a Datin Zalina. Semoga keluarga kalian senantiasa dilimpahi rezeki yang luas dan sentiasa dalam Rahmat Allah.


Semoga ikatan silaturahim lebih erat. Kenangan keriuhan dan kekecohan dalam bas akan lebih meningkatkan ukhwah kekeluargaan.


DARI PAGOH PERGI KE LANGKAWI,

LAJAK KE PADANG BESAR MEMBELI KUALI,
UCAPAN TERIMA KASIH PENGGANTI DIRI,
SEMOGA KITA BOLEH MAI LAGI. INSYAALLAH

 
;