Sunday 3 September 2017 0 comments

Catatan Majlis Raja Sehari Ruzaihan & Hidayah



Salam buat semua...

Bertemu kembali di dalam catatan ringkas  untuk majlis Raja Sehari di antara adik ipar penulis iaitu saudara Ruzaihan Azrin bersama pasangannya Nurul Hidayah.

PART 1- MAJLIS PERNIKAHAN DAN PERSANDINGAN (26 OGOS 2017) SABTU

Alhamdullilah, pasangan ini telah selamat diijabkabul pada 26 Ogos 2017 (Sabtu) di rumah kediaman pengantin perempuan di Taman Sakeh, Muar Johor Darul Ta'zim.







Video Majlis Pernikahan




Majlis telah berlangsung sekitar jam 9.30 pagi dengan berwalikan oleh ayah pengantin perempuan, En Azmi, Ruzaihan telah berjaya dalam majlis akad dengan sekali lafaz. 




Majlis persandingan dirumah pengantin perempuan juga telah diadakan pada hari yang sama juga iaitu pada tengahari  Sabtu iaitu sekitar jam 2.00 petang. Alhamdullilah, majlis telah berjalan dengan lancar serta juadah yang disediakan sungguh menyelerakan sekali.










Rombongan pengantin lelaki telah siap berangkat pulang ke pagoh semula dalam  jam 4.00 petang.




PART 2- MAJLIS PERSANDINGAN DI RUMAH PENGANTIN LELAKI (31 OGOS 2017) KHAMIS

Majlis seterusnya adalah persandingan di rumah pengantin lelaki iaitu di Kampong Raja, Pagoh, Muar. tarikh yang dipilih adalah sangat unik dimana bersamaan dengan tarikh hari kebangsaan yang ke 60. Majlis telah dilangsungkan pada 31 Ogos 2017 (Khamis).







Detik yang ditunggu, majlis persandingan telah berlangsung pada jam 2.00 petang dengan dimeriahkan oleh paluan kompang serta kedatangan dari para saudara mara baik jauh atau yang dekat di sekitar Johor Darul Ta'zim

Selepas selesai majlis bersanding, sesi seterusnya disambung untuk majlis makan beradab serta memotong kek raja sehari ditempat yang telah dikhaskan








Antara tarikan yang terdapat semasa majlis persandingan di rumah mempelai lelaki ialah lauk pauk yang enak dan sedap, air yang pelbagai jenis yang diantaranya cincau, sirap bandung, oren, asam boi dan laici. boleh mana yang dikehendaki. Selain itu juga aiskrim untuk 500 orang tetamu juga tersedia

mari kita saksikan sepintas lalu







Alhamdullilah majlis upacar perkahwinan di rumah pengantin lelaki telah berakhir pada jam 4.00 petang. Terima kasih kepada saudara mara dan sahabat handai yang telah sudi datang memeriahkan majlis tersebut

Di akhir kalam, diharap sedikit catatan ini akan membawa seribu makna kepada pasangan mempelai dan keluarga dua belah pihak dan didoakan supaya pasangan Ruzaihan atau nama glamer nya Atih serta Dayah beroleh kebahagian sehingga ke Jannah. InsyaAllah.

Wassalam

Azilan
Tg Malim
04 September 2017
12.47am 

Thursday 29 June 2017 0 comments

Majlis Hari Raya JDT 2017



Assalamualaikum Dan Salam Aidilfitri 1438H

Bertemu kita lagi di dalam catatan ringkas berkenaan, Majlis Hari Raya Keluarga Haji Ariff yang telah diadakan pada hari raya ke empat bersamaan 28 June 2017 (Rabu). Lokasi majlis hari raya ini bertempat di kediaman Mak Milah, Pak Man dan Mak Minah di Kampong Brohol, Pagoh, Johor.


Wasap Jemputan

Wasap jemputan pada keluarga terdekat telah dibuat oleh Pak Man melalui group JDT. Hasil muafakat dikalangan sedara mara. Keluarga Pak Man menyediakan nasi minyak, ayam masak merah, kurma daging dan dalca. Manakala keluarga Long Senah dan anak-anak akan menyediakan juadah laksa. Dan Mak Mertua saya @ Pn Ramlah akan menyediakan juadah mee kari.


Khemah untuk tetamu kelihatan serba merah

Kelihatan Pak Man posing sebelum majlis bermula

Dengan khemah yang tersergam indah dengan tema colour merah dan mewajibkan kepada sanak sedara terdekat memakai baju melayu dan baju kurung menyerlahkan kemeriahan majlis yang bakal bermula.

Acara majlis hari raya dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas dipimpin oleh Pak Long Dolah (sepupu Mak Milah) bertempat di ruang utama rumah. 


Bacaan Tahlil dipimpin oleh Pak Long Dolah

Majlis Tahlil sedang berlangsung


Pak Sahar mewakili keluarga Haji Ariff membuat ucapan aluan


Selesai sahaja majlis tahlil, sesi bergambar telah dijalankan untuk diabadikan sebagai kenangan dikalangan sanak saudara.


Bergambar kenangan keluaga Hj Ariff dan sanak sedare



Mak-mak sedara sempat bergambar bersama

Long Salleh dan Pak Long Dollah



Mak Milah dan anak-anak menakannya


Hanafi dan Family
Raihana 

Tok Teh dan para saudara


Swafoto atau selfie dah setel, apa lagi, perut mula memanggil-manggil untuk diisi. Apalagi juadah menu yang berselera seperti nasi minyak, soto, mee kari dan laksa telah tersedia. Di tambah dengan air oren dan sirap limau pada time yang panas tu. Memang amat menyelerakan. Mari kita tengok yer.


Juadah yang menanti



Pak Man memantau keadaan semasa

Sungguh berselera menceduk makanan


Keluarga Pak Taib dan Mak Minah

Keluarga Tok Teh


Jamuan raya ini berlarutan sehinggalah petang dengan ketibaan para sanak saudara jauh dan dekat yang tidak putus-putus datang.

Ditengah-tengah kehangatan menjamu selera. Sempat jugak. Majlis meraikan sambutan hari lahir untuk anak Pak Sahar dan Pak Taib. Alhamdullilah, semoga anak-anak ini dikurniakan kesihatan, kebaikan dan menjadi insan yang berguna pada masa-masa mendatang. InsyaAllah



Yang Diraikan Anak Pak Sahar dan Anak Pak Taib

Terima kasih kepada sanak sedara terdekat yang hadir. Kelihatan yang  hadir,  keluarga tuan rumah merangkumi Pak Man & Mak Milah, Pak Sahar, Pak Taib, Mak Minah, Long Senah & Long Saleh dan Anak-anak (Baim, Nanu), Ucu Rom dan Anak-anak (Anom, Mazidah, Hanafi, Atih , Halmi), Uda dan Azizah, Kak Lin & Abg Rahim dan Anak-anak (Mira, Kak Der & Atirah) dan lain-lain yang berkesempatan untuk hadir.


Bang Rahim, Kak Der, Athirah dan Pak Long Dolah

Pak Man dan Azizah

Abg Rahim, Kak Lin, Azizah dan Uda

Mak Milah dan Anak-anak buahnya

Di depan sekali tu Pok Su Halmi



Tak lupa say TQVM kepada cameraman rasmi majlis, Ruzaihan @ Atih 



Semoga kita bertemu lagi dilain episod lagi.

Wassalam


Penulis dengan sidia
Chilin @ Tg Malim
29 June 2017


 
;