Monday, 18 June 2012 0 comments

BHP 4566 -> WWW 792



1 April 2005, Proton Waja BHP 4566 telah mula berkhidmat kepada tuannya di singgahsana Behrang 2020. Banyak perjalanan yang ditempuhi bersama BHP 4566 antaranya ke Alor Setar, Kuala Perlis, Kangar dan Padang Besar pada sekitar 2007 bagi menghadiri perkahwinan rakan UTM, Ucop. Selain itu, BHP 4566 pernah membuat perjalanan ke Kuantan, Cherating dan seterusnya ke Kemasik Trengganu pada sekitar Mei 2010. Disember 2011, BHP 4566 meneruskan perjalanan ke UTM Skudai bagi menghantar Anak Sedara Kamil Hafiz mendaftar sebagai pelajar baru. Selanjutnya, BHP 4566 pernah sampai ke Port Dickson, Melaka, Genting Highlands, Cameron Highlands, Gemas dan Pagoh.

Yang paling diingati, puteri kedua Ain Firzanahnoor yang lahir di Slim River pada 27 April 2008, juga telah dihantar ke Hospital Slim River, menerusi BHP 4566.

Tanggal 16 Jun 2012 bersamaan hari Sabtu, BHP 4566 telah mengakhiri perkhidmatan bersama tuannya dan  saling berganti dengan Grand Livina WWW 792.

Selamat Datang kepada Nissan Grand Livina WWW792



Sunday, 8 April 2012 1 comments

De Palma Kuala Selangor (07 April 2012 - 08 April 2012)

07 April 2012 bersamaan hari Sabtu, kami sekeluarga telah bertolak ke De Palma Kuala Selangor. Tujuan kami ke sana adalah kerana, isteri tersayang Wahidanoor binti Wahid telah menghadiri program retreat anjuran Jabatan Bendahari UPSI.

Program retreat telah berlangsung sehingga 08 April 2012 @ Ahad. 

Kami bertolak dari rumah kira-kira jam 9.00 pagi dengan menggunakan Lebuhraya PLUS dari Tanjong Malim dan keluar pada exit Bukit Tagar dengan bayaran tol sebanyak RM 2.90 sahaja. Dari Bukit Tagar kami melalui kawasan-kawasan seperti Unisel dan bandar Bestari Berjaya yang dulunya dikenali sebagai Batang Berjuntai.

Tepat jam 11.00 pagi, kami telah sampai hotel de palma Kuala Selangor. Sementara menunggu waktu check in bilik dan isteri telah pun menyertai program retreat. Aku telah membawa 2 puteri ku mengunjungi Tesco Kuala Selangor yang berjarak 5 kilometer dari tempat penginapan.

Tepat jam 1.30petang, kami dah boleh check-in bilik 207 yang berupa chalet.

Aktiviti petang sekitar, 5.00 petang adalah membawa puteri-puteri ku mandi di kolan renang. Sungguh gembira mereka ketika bermain di kolam renang yang bersaiz kanak-kanak.

Selepas isyak, aku telah membawa anak-anak makan di kedai makan disekitar Kuala Selangor yang tak berapa ingat namanya.

08 April 2012 @ Ahad, aku telah membawa anak-anak bersarapan di pekan lama Kuala Selangor. Selepas selesai sarapan, misi mandi kolam kembali semula sehingga jam 12 tengah hari.

Kami bertolak dari De Palma Kuala Selangor ke Kalumpang kira-kira jam 2.00 petang sambil singgah membeli ikan di Pasar Penambang Kuala Selangor. Tepat 5.00 petang kami selamat di rumah selepas mengharungi perjalanan dalam keadaan hujan lebat sepanjang perjalananan dari Bestari Jaya sehingga Plaza Tol Bukit Tagar.















Jalan masuk ke Hotel De Palma Kuala Selangor

Singgah solat zuhur di Masjid Jamek Kuala Selangor


Saturday, 24 March 2012 0 comments

Majlis Perkahwinan Rezal & Miera- Batang Kali (25 Mac 2012)

25 Mac 2012 @ Ahad, kami sekeluarga telah menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabat isteri yang bertempat di Taman Sri Batang Kali, Batang Kali, Selangor

Majlis perkahwinan adalah diantara Reezal Bin Ismail & Nurul Azmira Binti Abdul Rani yang kedua-duanya staf Jabatan Bendahari, UPSI.

Majlis perkahwinan disebelah pengantin perempuan telah berlangsung pada 10 Mac 2012 di Kuala Kangsar, Perak.

Selamat Pengantin Baru kedua-dua pasangan.



Sunday, 18 March 2012 0 comments

Majlis Perkahwinan Sepupu - USJ 11 (17.03.12)

17 Mac 2012 @ Sabtu, kami sekeluarga telah bertolak dari Tanjong Malim ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya PLUS pada jam 9.00 pagi.


Tiba di Petronas Sg Besi jam 10.45pg sambil menunggu kedatangan Kak Norzilah, Emak dan Abah dari Gemas. 


Perjalanan diteruskan ke USJ 11 melalui Lebuhraya KESAS dan tiba di rumah pengantin sekitar jam 11.45 pagi.


Majlis perkahwinan ini adalah antara sepupu saya yang bernama Mohd Fadzreen bin Hj Kamaruddin yang telah disatukan dengan pasangan yang bernama Nurul Izyan Bt Mat Akhir yang berasal daripada Temerloh Pahang. Majlis sebelah pegantin perempuan telah berlangsung pada 10 Mac 2012.








Friday, 16 March 2012 0 comments

Medina (15.02.12-18.02.12)


Thursday, 15 March 2012 0 comments

Mekah Dalam Ingatan (18 Feb 2012- 26 Feb 2012)


0 comments

Perjalanan ke Skudai ( 3 September 2011)







 
;