Salam buat semua...
Bertemu kembali di dalam catatan ringkas untuk majlis Raja Sehari di antara adik ipar penulis iaitu saudara Ruzaihan Azrin bersama pasangannya Nurul Hidayah.
PART 1- MAJLIS PERNIKAHAN DAN PERSANDINGAN (26 OGOS 2017) SABTU
Alhamdullilah, pasangan ini telah selamat diijabkabul pada 26 Ogos 2017 (Sabtu) di rumah kediaman pengantin perempuan di Taman Sakeh, Muar Johor Darul Ta'zim.
Video Majlis Pernikahan
Majlis telah berlangsung sekitar jam 9.30 pagi dengan berwalikan oleh ayah pengantin perempuan, En Azmi, Ruzaihan telah berjaya dalam majlis akad dengan sekali lafaz.
Majlis persandingan dirumah pengantin perempuan juga telah diadakan pada hari yang sama juga iaitu pada tengahari Sabtu iaitu sekitar jam 2.00 petang. Alhamdullilah, majlis telah berjalan dengan lancar serta juadah yang disediakan sungguh menyelerakan sekali.
PART 2- MAJLIS PERSANDINGAN DI RUMAH PENGANTIN LELAKI (31 OGOS 2017) KHAMIS
Majlis seterusnya adalah persandingan di rumah pengantin lelaki iaitu di Kampong Raja, Pagoh, Muar. tarikh yang dipilih adalah sangat unik dimana bersamaan dengan tarikh hari kebangsaan yang ke 60. Majlis telah dilangsungkan pada 31 Ogos 2017 (Khamis).
Detik yang ditunggu, majlis persandingan telah berlangsung pada jam 2.00 petang dengan dimeriahkan oleh paluan kompang serta kedatangan dari para saudara mara baik jauh atau yang dekat di sekitar Johor Darul Ta'zim
Selepas selesai majlis bersanding, sesi seterusnya disambung untuk majlis makan beradab serta memotong kek raja sehari ditempat yang telah dikhaskan
Antara tarikan yang terdapat semasa majlis persandingan di rumah mempelai lelaki ialah lauk pauk yang enak dan sedap, air yang pelbagai jenis yang diantaranya cincau, sirap bandung, oren, asam boi dan laici. boleh mana yang dikehendaki. Selain itu juga aiskrim untuk 500 orang tetamu juga tersedia
mari kita saksikan sepintas lalu
Alhamdullilah majlis upacar perkahwinan di rumah pengantin lelaki telah berakhir pada jam 4.00 petang. Terima kasih kepada saudara mara dan sahabat handai yang telah sudi datang memeriahkan majlis tersebut
Di akhir kalam, diharap sedikit catatan ini akan membawa seribu makna kepada pasangan mempelai dan keluarga dua belah pihak dan didoakan supaya pasangan Ruzaihan atau nama glamer nya Atih serta Dayah beroleh kebahagian sehingga ke Jannah. InsyaAllah.
Wassalam
Azilan
Tg Malim
04 September 2017
12.47am
Selepas selesai majlis bersanding, sesi seterusnya disambung untuk majlis makan beradab serta memotong kek raja sehari ditempat yang telah dikhaskan
mari kita saksikan sepintas lalu
Alhamdullilah majlis upacar perkahwinan di rumah pengantin lelaki telah berakhir pada jam 4.00 petang. Terima kasih kepada saudara mara dan sahabat handai yang telah sudi datang memeriahkan majlis tersebut
Di akhir kalam, diharap sedikit catatan ini akan membawa seribu makna kepada pasangan mempelai dan keluarga dua belah pihak dan didoakan supaya pasangan Ruzaihan atau nama glamer nya Atih serta Dayah beroleh kebahagian sehingga ke Jannah. InsyaAllah.
Wassalam
Azilan
Tg Malim
04 September 2017
12.47am
0 comments:
Post a Comment