Assalamualaikum
lama rasanya tak menulis.... Nak bersawang rasanya blog pena-padangpasir ni
Alhamdullilah detik 6 Februari 2019, keluarga besar JDT sekali lagi dapat berkumpul dalam sambutan Family Day Bil 1/2019 di kediaman Hj Salleh dan Hjh Hasnah..
Tuan Rumah |
BOSS Ku |
Dihadiri dengan bilangan ahli keluarga yang besar baik dari Pagoh, Tangkak, Batu Anam, Tanjong Malim, Rawang, Melaka, KL dan Australia semua berhimpun pada hari ke 2 cuti perayaan CNY.
Berkat muafakat, juadah disediakan dari setiap keluarga. Ada yang bawa Laksa Johor, Nasi Putih, Nasi Minyak, Mee Kari, Nasi Impit dan pelbagai yang sukar digambarkan...
Program yang bermula sekitar jam 2.00 Petang, diberkati dengan bacaan Yassin oleh kumpulan Yasin Wanita.
Diteruskan dengan sesi menikmati juadah.
Selepas itu dan diakhiri dengan sambutan Majlis Hari Lahir untuk warga JDT yang jatuh pada bulan Januari dan Februari 2019.
Diserikan dengan 3 biji kek yang ditempah khas dari 'Resepi Rahsia' semua yang hadir dapat merasai seorang sepotong.
Cukup sampai disini dalam catatan ringkas ini, semoga kita berjumpa lagi dalam sambutan Family Day JDT seterusnya pada Hari Raya Aidilfitri nanti...
Akhir kata, semoga ukhwah family JDT akan terus berterusan. InsyaAllah
pinggan pun dah abis basuh, maknanya dah nak abis daa,, jumpa lagi yer |
Abg Chilin
Pagoh....
06 februari 2019
0 comments:
Post a Comment