Sunday, 31 March 2013 0 comments

Mini ICC Wilayah Utara

Bertarikh 20 Mac 2013 - 21 Mac 2013 (Rabu -Khamis) Kumpulan KIK Senggara yang turut oleh saya telah menyertai pertandingan ICC Mini Wilayah Utara. Pertandingan berlangsung di MPC Wilayah Utara Kepala Batas, Pulau Pinang. Alhamdullilah, berkat usaha dan kerjasama antara ahli yang dianggotai oleh Meor,Faizul,Saiful,Jasmi,Siti,Megat,Ali,Hazman serta saya sendiri berjaya meraih Pingat Emas. Pertandingan ini telah disertai oleh 23 pasukan yang terdiri daripada sektor awam dan swasta. SYABAS SENGGARA
0 comments

Report Card Ain

Bertarikh 22 Mac 2013 bersamaan hari Jumaat.saya dan isteri telah ke kelas 5 Mango untuk mengambil keputusan semasa untuk Ain Firzanahnoor semenjak memasuki tadika UPSI pada 14 Mac 2013. Secara umumnya,guru kelas Ain telah memaklumkan perkembangan yang positif terhadap Ain walaupun baru masuk kelas selama 2 minggu
Friday, 29 March 2013 0 comments

JJCM sempena cuti sekolah Mac 2013

Sempena cuti sekolah 1 minggu pada 23.03.13 hingga 25.03.13,kami sekeluarga pergi bercuti ke Kuala Lumpur.
23.03.13 (Sabtu)
~Check In kat Hotel Grand Season jam 4.00 ptg
~ Makan malam kat Restoren, Kg Baru
24.03.13(Ahad)
~Pagi- Gi swimming pool kt Hotel
~Tengahari, Gerak ke Jusco Wangsa Maju beli barang
~Petang - Mandi kolam lagi
~Malam- Makan malam kt Kg Baru
25.03.13 (Isnin)
~Pagi - Check out jam 6.00 dan terus balik ke Tanjong Malim
0 comments

APC

Saya telah mula berkhidmat di sektor Awam yakni di sebuah IPTA di Selatan Perak semenjak Disember 2005. Alhamdullilah dan Berkat doa dan usaha kerja serta dorongan dari Keluarga tersayang. Syukur kerana sudah 2 kali merasai naik pentas iaitu pada tahun 2007 dan 2010.
Monday, 25 February 2013 0 comments

HARI KESEBELAS - JUMAAT - 24 Februari 2012


Hari ini hari Jumaat bermakna kami akan menunaikan solat Jumaat di Masjidilharam pula..bestnya..hari ini juga kami akan menunaikan umrah 2 kali jadualnya..pagi dan petang..pagi seperti biasa selepas solat subuh, sarapan dan terus bertolak ke Taneem… walau bagaimanapun kami masih belum selesai umrah masa tu tengah saei tapi dah hamper waktu untuk solat jumaat…punya la penuh tempat… kami solat di ruang atas berdekatan kawasan saei..dengar khutbah yang tk brp nk faham sbb dalam bahasa arab tu…lepas tu kami sambung semula buat umrah…

Kemudian kami balik hotel makan dan ready untuk solat Asar dan nak buat umrah lagi selepasnya.. tapi kali ni mak kata mak tak larat dia suruh kami pergi jela…so..kakak kata dia nk g masjid awal..dan janji lepas je solat jenazah jumpa kat tempat tunggu teksi untuk ke Taneem..kami yang tetapi janji ni pun tunggu la kat tempat yang dijanjikan lepas solat Asar..tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu …kakak tak de pun..naik bilik je 2 kali takut2 kakak naik bilik ke…pegi tgk kat bawah hotel…dekat 45 minit juga tunggu..akhirnya kami fikir maybe kakak dah pegi…kami pun pegi je la berdua naik teksi dengan orang2 Indon tu…Alhamdulillah mereka baik sangat… disebabkan lama sgt menunggu tadi kami tak sempat solat maghrib di Masjidilharam..solat je di Taneem…nak buat camner…sampai2 je di Masjidilharam kami menunaikan umrah hingga selesai dan solat Isyak…

Selepas tu kami tak terus balik..kami pergi makan kebab (kongsi sbb takut tak habis)…pegi uptown dia (beli jam lagi 2 pasang)…beli ais krim lagi…pastu suami g botakkan rambut dia…sampai dekat pukul 12 jalan2 (macam honey moon la pulak jalan2)..balik kami singgah beli di kedai nasi n ayam panggang (yg dah aim lama sbb sepanjang pergi n balik masjid bau dia punya wangi menusuk hati).. kami fikir mak mesti tak makan lagi…balik tengok mak n kakak dan tidur..kejut mak tanya nak makan tak…mak kata tak pe la…simpan dulu makan esok

Masa ni peniaga belum mula berniaga...lebih kurang kul 10pm uptown pun mula






0 comments

HARI KETIGA BELAS (TERAKHIR) - 26 Februari 2012


Saya rasa macam tak nak melalui hari ini…tapi nak buat macam mana masa berlalu begitu pantas…kalau fikir2 best jugak kalau dapat tinggal je kat Mekah ni….

Semalam Ustz dah pesan pagi ni kena buat tawaf selamat tinggal (tawaf wida’)..asar semalam adalah solat terakhir saya…tapi Alhamdulillah sebab saya sempat buat umrah cuma tak dapat buat tawaf wida’ tu je…namun kata Ustz kita boleh pergi dan melambaikan sahaja..subuh ni kami janji pergi Masjiddilharam sama2 dan saya akan balik sendirian..saya pusing keliling Masjidilharam tu…sedihnya…. Alhamdulillah semalam dah siap berkemas…so banyak masa lagi..

Seperti yang dijanjikan kami kena berkumpul kul 8 untuk bertolak ke Jeddah yang dijangka mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan iaitu lebih kurang 80km… di sepanjang jalan banyak kerja2 pembinaan sedang dijalankan..Ustz kata mereka dalam peringkat membina Bandar di sepanjang jalan untuk menghasilkan Bandar terpanjang di dunia…

Kemudian kami pun sampai di Bandar Jeddah..memang berbeza sangat dengan Bandar Mekkah…dari pakaian dan suasananya….kami dibawa singgah di pusat membeli belah...pusing Bandar Jeddah…lalu di hadapan masjid tempat hukuman hudud dijalankan…kami juga dibawa singgah di kawasan tepi laut merah…kat sini ada masjid, pun ada orang berniaga…dan kami dibawa makan tengahari di hotel mula2 kami bersarapan dahulu…
Di Jeddah



Di tepi Laut Merah









Seterusnya kami dibawa ke Airport untuk pulang…di airport banyak juga perkara yang nak kena buat + kecoh2…kena ambil air zam2..sorang dapat 1 botol 5 liter air zam-zam..pastu klu nak balut bag pun boleh (takut pecah)..Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kami pun terbang…dalam penerbangan balik ni ramai orang kita dah kenal dan mesra…saya dapat tempat duduk sebelah 2 orang makcik yang satu bas dgn kami dan rapat…

Dalam tren dari airport nak naik fkight di Jeddah

Kat airport


Nak naik flight



so saya pun minta tukar dengan makcik tu dgn tiket suami supaya dia boleh duduk sebelah saya sebab saya ni ‘mabuk’…sepanjang perjalanan saya tidur je…kali ni saya dah beli ubat muntah di Mekkah petang semalam..alhamdulillah tak muntah dan kami selamat sampai…
Dah sampai Malaysia

Sampai2 tu…adik saya dah tunggu kat airport untuk pulang ke Tanjong Malim…untuk berjumpa dengan anak2, mak dan ayah….
0 comments

HARI KEDUABELAS - SABTU - 25 Februari 2012


Pagi ni bangun ngantuk sikit…masa kami nak ke Masjid terasa rintik2 halus hujan…solat kami solat je dan pagi ni aktiviti bebas..so balik bilik kami makan nasi yang beli malam tadi…fugh sedapnya walau pun ia dah sejuk…bestnya…

So pagi ni kami cadang nk g jalan2 kat masjid n safwah tower…




kami pun singgah di Bin Dawood beli coklat n beberapa barang..pegi safwa tower jalan2 dalam tu.. tapi dari kat Madinah lagi bila pergi Bin Dawood ni saya suka beli coklat ni…namanya Flutes..best

Ni la Bin Dawood yang kami singgah tu

Coklat ni la yang kami suka beli
Seterusnya solat zohor, asar, maghrib dan Isyak macam biasa…dan hari ini juga kami pegi la beli2 barang apa yang patut dll…cadang malam ni nak pegi lagi uptown jalan2..sbb malam ni malam terakhir berada di bumi suci Makkatulmukarramah…esok ..dh nk balik..rase macam tak nak tido je…malam ni si kembar tu datang hotel…n dia still mesra dgn saya… kami juga siap2 berkemas untuk balik esok… Beg? Hahaha…biasa le pegi sikit je beg…balik dah beranak-anak beg…hehehe..saya mmg dh plan tk yah bawa banyak2 baju sebab nak beli so…ok le tu…
 
;