Saya rasa macam tak nak melalui
hari ini…tapi nak buat macam mana masa berlalu begitu pantas…kalau fikir2 best
jugak kalau dapat tinggal je kat Mekah ni….
Semalam Ustz dah pesan pagi ni
kena buat tawaf selamat tinggal (tawaf wida’)..asar semalam adalah solat
terakhir saya…tapi Alhamdulillah sebab saya sempat buat umrah cuma tak dapat
buat tawaf wida’ tu je…namun kata Ustz kita boleh pergi dan melambaikan
sahaja..subuh ni kami janji pergi Masjiddilharam sama2 dan saya akan balik
sendirian..saya pusing keliling Masjidilharam tu…sedihnya…. Alhamdulillah semalam
dah siap berkemas…so banyak masa lagi..
Seperti yang dijanjikan kami kena
berkumpul kul 8 untuk bertolak ke Jeddah yang dijangka mengambil masa lebih
kurang 1 jam perjalanan iaitu lebih kurang 80km… di sepanjang jalan banyak
kerja2 pembinaan sedang dijalankan..Ustz kata mereka dalam peringkat membina Bandar
di sepanjang jalan untuk menghasilkan Bandar terpanjang di dunia…
Seterusnya kami dibawa ke Airport
untuk pulang…di airport banyak juga perkara yang nak kena buat + kecoh2…kena
ambil air zam2..sorang dapat 1 botol 5 liter air zam-zam..pastu klu nak balut bag pun boleh (takut pecah)..Alhamdulillah
semua berjalan lancar dan kami pun terbang…dalam penerbangan balik ni ramai
orang kita dah kenal dan mesra…saya dapat tempat duduk sebelah 2 orang makcik
yang satu bas dgn kami dan rapat…
|
Dalam tren dari airport nak naik fkight di Jeddah |
|
Kat airport |
|
Nak naik flight |
so saya pun minta tukar dengan makcik tu dgn tiket
suami supaya dia boleh duduk sebelah saya sebab saya ni ‘mabuk’…sepanjang
perjalanan saya tidur je…kali ni saya dah beli ubat muntah di Mekkah petang
semalam..alhamdulillah tak muntah dan kami selamat sampai…
|
Dah sampai Malaysia |
Sampai2 tu…adik saya dah tunggu
kat airport untuk pulang ke Tanjong Malim…untuk berjumpa dengan anak2, mak dan
ayah….
0 comments:
Post a Comment