Tuesday, 19 February 2013 0 comments

HARI KETIGA - KHAMIS - 16 Februari 2012 - 23 Rabiulawal 1433

Jam loceng bunyi dah...mak n kakak bangun dulu kul 3 lebih...siap2 mandi..terus g masjid...biasa le anak2 mak ni...bangun last sekali...then siap2 gi masjid....dengan suasana pagi yang hening dan sejuk rase mcm smpi ke tulang kami menuju ke masjid...rasa tenang sungguh sbb selain waktu kat hostel sekolah dolu-dolu ini lah waktu yang best g menghirup udara ke masjid...sampai masjid...pukul 4.37am terus azan...sekali lagi betapa sedapnya azan tu....so get ready nk solat...tunggu punya tunggu tak juga solat....jam 5.40am baru la nak mula solat.....rupanya azan yang pertama tu mengejutkan insan yang masih tidur....jadi ada la masa nk bersiap g masjid untuk berjemaah...

Seperti semalam kali saling menunggu di pintu pagar (pintu 15)... balik naik hotel terus pergi bersarapan....seperti yang Uzt maklumkan semalam, hari ini kami ada Ziarah Dalam iaitu pergi ke Raudhah dan perkuburan Baqi' (bagi lelaki sahaja).....ustaz kata kul 7.30 kumpul kat bawah...seelok berwudhuk n terus pakai telekung....




tepat 7.30 kami berkumpul kat bawah...yang best tu...Uzt kami iaitu Uzt Zain yang pimpin kami semua...jalan ke masjid nabi ...di dalam kawasan masjid Uzt menerangkan dan memimpin doa...beliau ajar utk sampaikan salam pada nabi kesayangan saya...boleh je sebut semua sekali gus atau ikut nama sorang.... punya la sedih Ust pimpin doa tu...pendek kata bila Uzt berdoa je...hati ni Allah je yang tahu...

Pintu 25
Raudhah tu berada di bawah kubah hijau ini
selesai doa....Uzt bawa jemaah lelaki pegi ke Raudhah melalui pintu Babussalam...manakala jemaah wanita ikut Uzth Indonesia (berbaju biru )...kami pulak akan masuk pintu 25 iaitu pintu Uthman Al-Affan....Raudhah ni di bawah kubah hijau...punya la ramai orang....tapi Alhamdulillah dalam rebut2 tu dapat juga masuk.......seperti yang Uzt pesan..masuk Raudhah buat solat hajat n doa...doa tu masa sujud...sbb klu doa tadah tangan lepas solat,nanti polis2 suruh kita keluar sebab orang lain pun nak masuk juga kan....dekat kawasan Raudhah tu ada 7 tiang....ada tiang menangis, tiang Aisyah..dan yang lain la...Raudhah ni ada ditandai dengan karpet hijau....punya ramai orang kena tunggu turn..tu pun berebut...Alhamdulillah semua selesai.....


lepas tu kami pusing pergi tepi perkuburan Baqi'...di sinilah semua jasad yang meninggal dunia disemadikan...setiap lepas waktu solat jemaah mesti ada solat jenazah sebab mesti ada orang meninggal dunia...subhanallah bestnya dapat meninggal ditanah kewafatan kekasih Allah...

pastu terussssss ke sesi menghabiskan duit bersama kakak ipar dan ibu mertuaku....membeli barang-barang yang kebanyakannya bukan la dari buatan madinah....banyaknya buatan China, ada la yang buatan syria, bangladesh etc....tapi macam yang Utz Zain kata la..."sebenarnya kalau fikir, barang2 ni semua ada kat Malaysia, malah lebih banyak n baik lagi...tapi berkat..macam tu la jugak kat Mekkah...berkat doa Nabi Ibrahim"....

Saya beli tak de la banyak sangat walau pun kali pertama pergi...tapi kakak n mak...biasa la kan....hehehe...tak pe tak pe beli je.... dalam fikiran tu terfikir mana la En Abang Kekandaku ni....mesti dia jalan sensorang tak pun balik bilik...sian dia....habis je sessi ni....balik bilik...tu pun nasib baik dah nak masuk waktu zohor,klu tidak mesti masih berada di kedai-kedai tu lagi...



balik je bilik tengok En Abang Kekandaku ada kat bilik...sian dia tk ge geng nk g kedai....so...dah berjanji nanti lepas zohor kita g kedai...tu la sebab tk nk beli sgt tadi sebab tau dah....so..lepas zohor,blk makan dan pegi la semula ke kedai tadi...heheh....beli le apa yang patut sampai waktu asar...n lepas asar pegi lagi....tp klu nk tau apa perkara utama yang kami cari????...kami cari jam tangan yang bernobor tulisan arab/jawi....setiap kedai ada jual jam kami singgah tapi satu pun tak de...cedihhh....tak pa la insya Allah ada la rezekinya tu.....
Apabila penat tak yah beli air...singgah kat air zam2 ni minum puas2...ekkk...Alahamdulillah
Sambil jalan sambil ambil gambar

malam tu rase sakit kepala, sbb ptg td g kedai tu beli la kacang bijak...makan dengan bersungguh-sungguh sbb best...bincang2 ngan kakak...cadangnya malam ni nak g Raudhah lagi.....sekali tgk solat maghrib n Isyak punya la ramai orang...malam jumaat kan...jadi mesti kat Raudhah ramai orang...so...tak jadi la pegi...balik bilik.....

Tapi setiap hari adalah hari yang menyeronokkan dengan penuh ketenangan...melupakan seketika masalah dunia terutama kerja...namun mereka semua sentiasa ada dalam doa saya untuk dipermudahkan segala urusan mereka... 


Wednesday, 13 February 2013 0 comments

HARI INI DALAM SEJARAH-14 FEB SETAHUN YANG LEPAS

Hari ini dalam sejarah 14 Feb 2013 genap setahun kami perjalanan kami menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah yang masih segar dalam ingatan. Saya dijangka akan pergi bersama suami, mak mentua dan biras (isteri abang ipar). Pada hari ini mengingatkan kami ujian yang Allah berikan sebagai permulaan sebelum sampai ke destinasi kami. Pagi tadi kami sibuk dengan pelbagai persiapan akhir seblum kami bertolak selepas selesai solat zohor. Pagi tu juga pergi jemput adik Rizuan Hanafi (pok de) yang datang dari Selayang naik komuter untuk menghantar kami ke airport petang nanti. Ujian yang pertama televisyen kami tiba2 mengalami masalah tak boleh connect ke Astro. Menyebabkan tak blh nk tengok tv sbb gambar klu tk guna Astro memang tak nampak. Kesian mak, ayah yang menjagakan anak2 kami tk boleh nak tengok tv. Kalau nak tengok kena la pergi tengok tv dalam bilik (tanpa Astro tapi gambar ok la). Selesai solat zohor  dan solat sunat lebih kurang jam  2.00 kami bergerak menaiki kereta untuk ke airport. Sebab mak mentua & kakak ipar dah pesan pukul 5.30pm mesti dah berkumpul kat airport.

Perjalanan kami lancar sehingga kami singgah di stesyen minyak petronas berhampiran KLIA lebih kurang jam 4.00pm. Kebetulan nak parking, tiba2 berserempak dengan adik saya Dr. Raihan Affandi  (angah) yang bergerak dari Melaka untuk menghantar kami di airport. Walhal tak janji apa2 pun, tapi boleh jumpa. Kami berhenti minum dan tunggu dia solat jap. Lebih kurang 4.40pm...kami pun nak gerak ke KLIA. Ujian kedua datang..Tiba2 kereta kami tak boleh start, padahal 2 hari sebelum tu dah service dah..puas kami usaha tolak, buat jumping n last sekali pok de tukar bateri dengan bateri kereta angah. Pun hasilnya tetap sama. Jam dah menunjukkan pukul 5.15pm, kami masih berusaha tapi tak nak bagi tahu mak n family yang dah sedia ada di airport.Tiba-tiba abang call tanya kat mana...kami terpaksa la cerita perkara sebenar. Abang kata dia akan ambil kami. Kesian kat pok de n angah kena uruskan kereta kami. Akhirnya kami tinggalkan je kereta kami di stesyen minyak tu untuk pok de uruskan selepas kami terbang nanti. Pokde n angah follow hantar kami ke airport. Dalam hati hanya Allah yang tahu,,In Shaa Allah kami tabah..Kami pun tak bagi tahu mak saya sebab takut mak susah hati pulak. Sebelum masuk kami bincang mungkin kereta ni rosak teruk sampai tak leh usaha nak hidupkan. 

Selepas itu kami teruskan perjalanan dalam hati yang redha....
Monday, 4 February 2013 0 comments

HARI KEEMPAT - JUMAAT - 17 Februari 2012 - 24 Rabiulawal 1433

hari ni hari jumaat, kami dijadualkan membuat ziarah luar...dan hari ni juga kami kaum hawa akan menunaikan solat jumaat di masjid nabi ni iaitu kali pertama dalam usia saya yang dh 33 tahun ni....sprt juga saya memulakan hari dengan bangun awal untuk ke masjid....dan seperti smlm juga saya bersolat dan menunggu En Abang kekandaku di pintu 15....balik hotel bersarapan...

Berlatarbelakangkan bas no 3 kami dan Masjid Quba'
seperti yang dijanjikan kami akan berkumpul jam 7.30am untuk ziarah luar. Kami akan pergi ke Masjid Quba, Masjid Qiblataini,Jabbal Uhud n pasar kurma...Utz kata siap2 wudhuk dari hotel sebab klu nk g masjid Quba kena wudhuk dulu ada hadis nya..Sabda Nabi Saws.jpg lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah.... kami pun naik bas no 3 dan bertolak ke Masjid Quba....sampai sana punya la ramai orang yang berpusu-pusu nk masuk...kami naik ke tingkat atas...alhamdulillah....


En Abang dengan driver bas no 3 kami

En Abang with emak n Kak Rozi (biras)
kat sini pun ramai orang berniaga.....semua ada....
Perniagaan di sekitar Masjid Quba'

Di kawasan Shuhada' Uhud..... 
lepas tu kami menuju ke bukit yang menempatkan para shuhada' uhud...on d way kami lalu di Masjid Qiblataini tapi tak singgah. Unik masjid ni di mana Nabi Muhamad solat zohor 2 rakaat menghadap masjidil aqsa dan 2 rakaat lagi menghadap kaabah...smpi di Uhud..kami tgk n lawat la kubur2 di situ...tak boleh masuk pun, tgk dari luar je...tgk barang yang ada jual kat sini....Ust bagi masa 30 minit je..tp biasa la saya n mak jadi orang terakhir sbb mak nk beli selipar...hehehe....

Kat depan dinding di kawasan Shuhada' Uhud
En Abang Kekandaku with emak, kat belakang tu Bukit Uhud

















Di kawasan Shuhada' Uhud
Ok...semua naik bas dan kami akan beredar ke pasar kurma...dalam bas Utz bercerita kisah zaman Nabi..beliau menceritakan bahawa Nabi Muhamad dan isteri2 baginda serta sahabat baginda dimakamkan di Madinah kecuali Saidatina Khadijah dan sahabat (tak ingat)... namun Allah mengurniakan pahala yang lebih banyak jika beribadah di kota Mekah...selain tu Utz juga bercerita debu yang berada di Kota Madinah adalah ubat...
maka setibanya kami di pasar kurma...kami tanya la Utz debu kat mana nak amik...Utz kata jgn la amik kat tanah kotor...ambil yang dekat bangunan atau kenderaan...tergelak Utz dgn gelagat kami yang dianggap bebudak ni....

Masuk je kat pasar kurma ni...ya Allah bestnya...banyak sungguh kurmanya....pak sheikh Arab yang jual tu kata "makan,makan halal,halal"...saya tny "boleh ke"...dia jawab "halal, makan sampai kenyang"..best tu...apa lagi makan la kurma Nabi tuuu.....tapi mmg tak leh nk mkn banyak2 pun...sbb baru makan beberapa je dh kenyang bangat....tapi bagi sy paling menarik dan sedap adalah kurma muda...pergh sedap sungguh...baru 15 riyal sekilo...tapi sikit la bilangannya sbb berat...kalau kurma tak muda tu byk jenis banyak harganya...dari 20riyal hingga 90 riyal pun ada.... tiba2 ada sorang makcik ckp "apa la arab ni dia bagi makan 3 biji kurma je yang halal...kalau lebih haram"... hehehe

Kami tak la borong banyak sangat....tapi mereka2 ni beli punya la banyak....sampai kene guna kotak nak bawa naik bas...habis membeli kami pun blah le...

Masing-masing balik bilik dengan pelbagai barangan...hahahahah....blk2 pegi solat jumaat di masjid nabi...kali pertama solat jumaat... subhanallah.... balik solat jumaat kami singgah menyinggah kat kedai2 n peniaga kaki lima yang berniaga secara tak sah....beli la apa2 yang patut...balik hotel biasa la makan...

Pastu tu turun lagi tapi kat bawah hotel tu je, kat situ ada pusat membeli belah, so ada la supermarket nama nya BIN DAWOOD....best gak la, ia adalah yang paling banyak brach n besar di Tanah Arab ni kot....kat situ jumpa 1 coklat ni nama dia "Flutes"...ia sejenis coklat jejari yang best sangat (bagi saya la) harganya 0.90riyal....lebih 10 kami beli....ermmmmmm...

Ptg tu kakak bagi tau nk g Raudhah lagi...tk pe la...Insya Allah malam nanti sy nk g ngan En Abang..malam smlm pun En Abang dah dapat g Raudhah....so kami pun seperti biasa pergi solat asar...balik bilik n get ready nak pergi solat Maghrib.... bila balik bilik lepas asar kakak kata Raudhah tu dh tutup sbb ready untuk solat asar...Raudhah ni terbuka setiap masa untuk orang lelaki tapi untuk wanita ada masa2 tertentu sbb pada waktu solat tempat itu digunakan untuk ruang solat jemaah lelaki...

Malam lepas Maghrib biasa la g makan kat hotel then g semula untuk solat Isyak...lepas Isyak pakat-pakat ngan kakak mesti pergi juga ke Raudhah malam ni....ok set kita pegi.... kami pun pegi la menuju ke pintu 25 iaitu Pintu Uthman AlAffan...

Punya la dh ramai menunggu...kami pun join la menunggu dengan sabarnya...sbb mereka tak buka lagi pintu untuk ke Raudhah...tiba-tiba mereka buka...perggghhhhh.....semua orang berlari menyerbu pintu tu...takut pun ada,kami tk join lari sbb tk berapa nk berani....kami cuma bergerak sedikit kehadapan...tiba-tiba mereka buka pintu betul2 dihadapan kami, fuhhh... Alhamdulillah.... dipermudahkan....sehingga kami selamat masuk n keluar dari situ dengan lega dan bersyukur...balik bilik tidur....zzzzzzzzzzzzzz
0 comments

HARI KEDUA - RABU - 15 Februari 2012 - 22 Rabiulawal 1433



Setelah selesai solat subuh kami dimaklumkan bas akan membawa kami ke Madinatul Munawarah...Selepas diberitahu yang bas kami telah pun tiba...kami dapat bas no 3...dalam bas ni majoriti orang veteran dan dah beberapa kali datang umrah @ haji...kami je yang kategori kecik la...so kami dianggap macam budak2 atau anak je la...GAMBAR



Perjalanan ke Madinah dijangka mengambil masa lebih kurang 6 jam lebih...iaitu sejauh 600++ kilometer dari Jeddah... Ya Allah permudahkan perjalanan kami ini sebagaimana perjalanan kami sejauh 6000++ kilometer semalam. Sebelum meneruskan perjalanan kami dibawa bersarapan di hotel di bandar Jeddah. Alhamdulillah sedap makanannya...mungkin sbb lapar kot...semalaman dalam flight saya tak makan + muntah2 yang teruk (eksyen tak nak makan ubat). Beras dia punya la panjang...makan nasi je pun dah cukup sedap....



Dalam perjalanan hati ini sayu sungguh..syukur dan terharu + berdebar nak menjejakkan kaki dibumi suci ini...dalam perjalanan kami dibawa singgah di Musolla untuk solat jamaq zuhur dan asar....Apabila mula menghampiri sempadan Madinah...Ustaz yang membawa kami selaku mutawif dalam bas no 3 ni mula membaca doa sayunya hati + menangis bersungguh-sungguh.... sambil bertalbiah...
Dalam perjalanan


Di Musolla

Sempadan pintu masuk Madinah

Sampai di Madinah kami melalui Masjid Quba iaitu masjid yang pertama dibina oleh Nabi Muhamad. Syahdu sambil diiringi talbiah yang dipimpin oleh Ust. Zain...

Kami sampai ke hotel kami iaitu Hotel Movenpick yang betul2 bersebelahan dengan Masjid Nabi iaitu Masjid Nabawi...Subhanallah...

Gambar hiasan : Askar 
Kami sampai lebih kurang kul 2 lebih...makanan pun dah habis yang tinggal pisang je...Pisang dia besarnya...saya makan dan cukup mengenyangkan...dan terus masuk bilik...waktu asar tu tak pegi masjid sebab rase macam lembik sangat...namun malam itu saya tak sabar nk pegi...

Subhanallah Maghrib tu saya berjemaah di Masjid Nabawi buat pertama kalinya dalam hidup setelah 33 tahun...sebak semua ada..untuk masuk ke dalam Masjid Nabawi ni ada askarnya yang akan check setiap orang yang nak masuk bagi memastikan yang tiada sesiapa pun membawa kamera..setiap pintu ada..

Masuk je dalam masjid subhanallah...cantiknya...banyaknya air zam-zam yang disediakan dalam bekas dan cawan...minum la sepuas-puasnya...bestnya...
 
.....lepas Maghrib kena balik hotel dulu untuk makan malam....Tempat perjumpaan kami dah janji di pintu pagar 15..dan seterusnya itulah pintu perjumpaan kami...

makan ok best...buahnya...tak potong2..hambik sorang sebijik..oren yang besar (kat Malaysia RM2@2.50/biji)..buah kiwi...semua yang manis2 punya...

Pastu gi semula untuk solat Isyak....lepas Isyak...duduk di luar Masjid sambil tgk orang ditambah dengan bulan penuh di tepi kubah...cantiknya...pastu kami balik utuk tidur...esok kena bangun awal sebab nk g solat



Monday, 28 January 2013 0 comments

Baby Ainnur Raudhah 25 Hari

Thursday, 17 January 2013 0 comments

Kelahiran Cahaya Mata Ke 3

Puteri ke 3 ku selamat dilahirkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor pada jam 4.39 Petang bersamaan 3 Januari 2013. Baby yang comel ini ku namakan Ainnur Raudhah
 
;