Monday, 4 February 2013

HARI KEDUA - RABU - 15 Februari 2012 - 22 Rabiulawal 1433



Setelah selesai solat subuh kami dimaklumkan bas akan membawa kami ke Madinatul Munawarah...Selepas diberitahu yang bas kami telah pun tiba...kami dapat bas no 3...dalam bas ni majoriti orang veteran dan dah beberapa kali datang umrah @ haji...kami je yang kategori kecik la...so kami dianggap macam budak2 atau anak je la...GAMBAR



Perjalanan ke Madinah dijangka mengambil masa lebih kurang 6 jam lebih...iaitu sejauh 600++ kilometer dari Jeddah... Ya Allah permudahkan perjalanan kami ini sebagaimana perjalanan kami sejauh 6000++ kilometer semalam. Sebelum meneruskan perjalanan kami dibawa bersarapan di hotel di bandar Jeddah. Alhamdulillah sedap makanannya...mungkin sbb lapar kot...semalaman dalam flight saya tak makan + muntah2 yang teruk (eksyen tak nak makan ubat). Beras dia punya la panjang...makan nasi je pun dah cukup sedap....



Dalam perjalanan hati ini sayu sungguh..syukur dan terharu + berdebar nak menjejakkan kaki dibumi suci ini...dalam perjalanan kami dibawa singgah di Musolla untuk solat jamaq zuhur dan asar....Apabila mula menghampiri sempadan Madinah...Ustaz yang membawa kami selaku mutawif dalam bas no 3 ni mula membaca doa sayunya hati + menangis bersungguh-sungguh.... sambil bertalbiah...
Dalam perjalanan


Di Musolla

Sempadan pintu masuk Madinah

Sampai di Madinah kami melalui Masjid Quba iaitu masjid yang pertama dibina oleh Nabi Muhamad. Syahdu sambil diiringi talbiah yang dipimpin oleh Ust. Zain...

Kami sampai ke hotel kami iaitu Hotel Movenpick yang betul2 bersebelahan dengan Masjid Nabi iaitu Masjid Nabawi...Subhanallah...

Gambar hiasan : Askar 
Kami sampai lebih kurang kul 2 lebih...makanan pun dah habis yang tinggal pisang je...Pisang dia besarnya...saya makan dan cukup mengenyangkan...dan terus masuk bilik...waktu asar tu tak pegi masjid sebab rase macam lembik sangat...namun malam itu saya tak sabar nk pegi...

Subhanallah Maghrib tu saya berjemaah di Masjid Nabawi buat pertama kalinya dalam hidup setelah 33 tahun...sebak semua ada..untuk masuk ke dalam Masjid Nabawi ni ada askarnya yang akan check setiap orang yang nak masuk bagi memastikan yang tiada sesiapa pun membawa kamera..setiap pintu ada..

Masuk je dalam masjid subhanallah...cantiknya...banyaknya air zam-zam yang disediakan dalam bekas dan cawan...minum la sepuas-puasnya...bestnya...
 
.....lepas Maghrib kena balik hotel dulu untuk makan malam....Tempat perjumpaan kami dah janji di pintu pagar 15..dan seterusnya itulah pintu perjumpaan kami...

makan ok best...buahnya...tak potong2..hambik sorang sebijik..oren yang besar (kat Malaysia RM2@2.50/biji)..buah kiwi...semua yang manis2 punya...

Pastu gi semula untuk solat Isyak....lepas Isyak...duduk di luar Masjid sambil tgk orang ditambah dengan bulan penuh di tepi kubah...cantiknya...pastu kami balik utuk tidur...esok kena bangun awal sebab nk g solat



0 comments:

Post a Comment

 
;