Hari ini dalam sejarah 14 Feb 2013 genap setahun kami perjalanan kami menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah yang masih segar dalam ingatan. Saya dijangka akan pergi bersama suami, mak mentua dan biras (isteri abang ipar). Pada hari ini mengingatkan kami ujian yang Allah berikan sebagai permulaan sebelum sampai ke destinasi kami. Pagi tadi kami sibuk dengan pelbagai persiapan akhir seblum kami bertolak selepas selesai solat zohor. Pagi tu juga pergi jemput adik Rizuan Hanafi (pok de) yang datang dari Selayang naik komuter untuk menghantar kami ke airport petang nanti. Ujian yang pertama televisyen kami tiba2 mengalami masalah tak boleh connect ke Astro. Menyebabkan tak blh nk tengok tv sbb gambar klu tk guna Astro memang tak nampak. Kesian mak, ayah yang menjagakan anak2 kami tk boleh nak tengok tv. Kalau nak tengok kena la pergi tengok tv dalam bilik (tanpa Astro tapi gambar ok la). Selesai solat zohor dan solat sunat lebih kurang jam 2.00 kami bergerak menaiki kereta untuk ke airport. Sebab mak mentua & kakak ipar dah pesan pukul 5.30pm mesti dah berkumpul kat airport.
Perjalanan kami lancar sehingga kami singgah di stesyen minyak petronas berhampiran KLIA lebih kurang jam 4.00pm. Kebetulan nak parking, tiba2 berserempak dengan adik saya Dr. Raihan Affandi (angah) yang bergerak dari Melaka untuk menghantar kami di airport. Walhal tak janji apa2 pun, tapi boleh jumpa. Kami berhenti minum dan tunggu dia solat jap. Lebih kurang 4.40pm...kami pun nak gerak ke KLIA. Ujian kedua datang..Tiba2 kereta kami tak boleh start, padahal 2 hari sebelum tu dah service dah..puas kami usaha tolak, buat jumping n last sekali pok de tukar bateri dengan bateri kereta angah. Pun hasilnya tetap sama. Jam dah menunjukkan pukul 5.15pm, kami masih berusaha tapi tak nak bagi tahu mak n family yang dah sedia ada di airport.Tiba-tiba abang call tanya kat mana...kami terpaksa la cerita perkara sebenar. Abang kata dia akan ambil kami. Kesian kat pok de n angah kena uruskan kereta kami. Akhirnya kami tinggalkan je kereta kami di stesyen minyak tu untuk pok de uruskan selepas kami terbang nanti. Pokde n angah follow hantar kami ke airport. Dalam hati hanya Allah yang tahu,,In Shaa Allah kami tabah..Kami pun tak bagi tahu mak saya sebab takut mak susah hati pulak. Sebelum masuk kami bincang mungkin kereta ni rosak teruk sampai tak leh usaha nak hidupkan.
Selepas itu kami teruskan perjalanan dalam hati yang redha....
0 comments:
Post a Comment