Monday, 25 February 2013 0 comments

HARI KESEMBILAN - RABU - 23 Februari 2012


Seperti biasa… mandi… Ustz bagi tahu semalam  hari ni kami boleh buat aktiviti sendiri..nak buat umrah ke shopping etc…jika nak buat umrah kena pergi Taneem utk berniat umrah…Jadi kami bercadang untuk buat umrah lepas solat subuh & sarapan..

Memandangkan tidak terikat dgn jadual kami(saya & suami) bercadang untuk pergi ke Hijr Ismail… So…lepas Subuh kami duduk sebentar menikmati kaabah dan bertawaf untuk ke Hijr…kami mengikut arus manusia…secara tiba-tiba tanpa sedar…saya lihat ramai orang solat..tiba-tiba ada seorang lelaki yang tinggi bangun dan bagi saya tempat untuk solat..saya macam terpinga-pinga..suami pun suruh solat…rupa2nya kami dah masuk kawasan Hijr Ismail….Alhamdulillah… balik tu sempat lagi singgah kedai cari jam…tiba2 kami jumpa jam yang dicari…agak mahal sikit tapi nampak tahan lama dan cantik…tapi kami maklumkan yang kami tak bawa duit..tolong simpankan ptg nanti kami datang…tauke tu kata ok…
Selesai je kami balik bilik…apa lagi kena marah la sebab lambat sangat..sebab nak pergi Taneem..kami dengar je la…kami pun tunggu la teksinya…akhirnya kami dapat naik dengan harga 80 riyal berkongsi dengan 8 orang jemaah lain dari Indonesia…
 





Alhamdulillah kami sampai ke Taneem dan terus ke Masjidilharam untuk menunaikan umrah…

Lepas buat umrah bergambar








Seterusnya aktiviti kami seperti biasa….tapi petang ni kami nak kena keluar duit dan beli jam tu…selepas asar kami meneruskan niat tersebut…Alahmdulillah dipermudahkan…
Malam aktiviti kami seperti biasa….
0 comments

HARI KELAPAN - SELASA - 22 Februari 2012


Seperti biasa… mandi… Sampai Masjid kami mesti minum air zam-zam dulu…selesai solat macam biasa tunggu kat tiang bawah sign board hijau…

Kami pun bersarapan dan bersiap2 untuk tunggu bas…Ustz kata hari ni kami akan ada aktiviti luar lagi… semua jemaah lelaki kena siap2 berihram…Setelah semua ada kami diberitahu akan ke ladang unta dan kilang kelambu kaabah (jika dapat kebenaran)..dan akan buat umrah sebelum waktu Zohor…
Sebelum sampai kami melalui kilang kelambu dan dimaklumkan tak dapat kebenaran…sampai di ladang unta kami pun bergambar dan beratur untuk membeli susu unta yang segar…tak tahu kenapa excited la pulak nak minum walhal kalau kat Malaysia susu segar lembu tu pergh bukan senang nak minum…naik2 je bas saya terus minum..Subhanallah sedapnya…menyesal pulak beli 1 botol…
Ladang Unta














Selesai itu..kami dibawa singgah di masjid di Hudaibiyah untuk berniat umrah…Ustz pesan yang sama boleh niat umrah untuk orang lain…
Di Hudaibiyah

Alhamdulillah hari ini kami sampai dan berjaya tunaikan umrah sebelum Zohor… dan aktiviti biasa sehingga Isyak…sambil balik dari Masjidilharam seperti biasa kami akan menyinggah di kedai yang ada di laluan kami…mak pulak singgah di farmasi untuk beli Vicks “Mekkah”….setiap kedai jam kami singgah sbb nak cari jam yang ok walaupun dah ada….
0 comments

HARI KEENAM - AHAD -19 Februari 2012


Baru teringat untuk masuk ke Masjidilharam tak de “polis” yang jaga kat pintu macam Masjid Nabi..Kami terus tunggu waktu subuh di Masjidilharam…ramai nya orang Subhanallah…sambil duduk ngaji tu tertidur-tidur juga..maklumlah penat perjalanan jauh dan lama siang tadi…lepas solat Subuh sebagaimana di Masjid Nabi terus je solat jenazah…Ya Allah bestnya..

Lepas selesai kami balik ke hotel untuk bersarapan atau berheat atau apa2 yang patut la…di sini kami dapat bilik tingkat 7…tempat makan tingkat 2…makan nya tak macam kat Madinah..kat sini macam asrama..tak ada pilih2..makan je apa yang mereka bagi…Alhamdulillah sepanjang berada di sini saya sangat berselera makan walaupun rasenya kalau difikirkan kalau kat Malaysia mungkin saya tak makan pun…saya pun hairan juga….tapi Alhamdulillah Allah bagi saya nikmat itu….





Selesai bersarapan kami balik bilik berehat sementara menunggu waktu Zohor lebih kurang 12 lebih nanti…agak2 nak masuk Zohor kami bergerak semula ke Masjidilharam… Tak macam di Madinah perjalanan dari hotel ke masjid lebih “menguji” sebab sepanjang jalan yang kami lalui ada kedai dan macam-macam jualan jalanan…sepanjang berada di Mekah kalau lalu tu mesti nak beli kalau tak saya, mak atau kakak…paling koman beli ais krim…ais krim dia dalam mangkuk 3 riyal…sedapnya…sepanjang di Mekkah selalu beli ais krim ni...yang kira popular ais krim Al-Samah...walhal lebih kurang je rase kat Malaysia..bila ingat semula teringin pulak lagi aiskrim tu…
Salah satu kedai ais krim
Sedap

Sekali lagi kami mencari penanda untuk jumpa balik sama2 lepas solat…saya paling suka ajak En Abangku masuk dari pintu 1 iaitu pintu Malik Abdul Aziz (cakap Arabnya : Babun Malik Abdul Aziz rakam Wahid)..saya suka sebab ia berkaitan dengan nama saya dan nama ayah saya…lagi 1 pintu ni ada papan tanda hijau dalamnya dan direct nampak kaabah…jadi setiap kali lepas solat kami akan janji lepas 15 minit solat (kalau nak balik hotel) tunggu kat tiang bawah papan tanda hijau tu…

Pintu 1 Malik Abdul Aziz di bahagian dalam
Pintu 1 Malik Abdul Aziz di bahagianluar
Lepas zohor balik makan..n tunggu untuk solat asar yg akan masuk lebih kurang 3 lebih la…hari ni lebih kurang aktiviti bebas la…sbb penat…esok baru ada aktiviti…then petang g solat asar, maghrib & Isyak…maslah kulit saya yang bermula di Madinah tempohari semakin teruk dan kami ambil kepuusan pergi farmasi untuk beli ubat kulit..Alhamdulillah selepas sapu ubat tu ia semakin baik…makan malam lepas Isyak…sambil duduk kat masjid pergi la jalan…selalunya tak g jauh sangat sebab mak pun tk berapa larat…tapi yg bestnya kat sini kalau nk wudhuk malas nk g toilet boleh je g wudhuk kat paip air zam-zam tu…tapi sejuk la….oh ya air zam-zam yang disediakan di kedua-dua masjid ni ada yang sejuk dan ada yang biasa…tapi saya suka yang sejuk…wudhuk pun guna yang sejuk…heheh…kat Malaysia saya tak merasa wudhuk guna air zam-zam sayang tu….kat sini siap boleh saja2 jirus kat kaki kepala…Ya Allah bestnya…
Untuk aktiviti esok Ustz dah pesan..lepas subuh & sarapan pukul 7.30pg berkumpul untuk aktiviti luar pulak…

Air zam-zam boleh buat wudhuk & jirus kepala

Kalau masuk masjid mesti minum yang berada di laluan



0 comments

HARI KETUJUH - ISNIN - 20 Februari 2012


Seperti biasa…pagi2 kami yang terakhir mandi…kena mandi awal nak g masjid cepat nanti tk dapat solat nampak kaabah..pagi2 di sepanjang perjalanan ke masjid ramai sangat peminta sedeqah…ramai yang cacat..tapi ada juga yang tipu2 cacat…kakak kata jangan bagi sebab kalau bagi nanti yang lain tu semua serbu kat kita….
Peminta sedekah yang tahu lah betul ke tak miskinatau cacat

Sampai Masjid kami mesti minum air zam-zam dulu…itu yang akan kami buat sebab tak nak lepaskan peluang macam ni yg tak de kat Malaysia… selesai solat macam biasa tunggu kat tiang bawah sign board hijau…

Kami pun bersarapan dan bersiap2 untuk tunggu bas…Ustz kata hari ni kami akan ke Jabal Thur, Jabal Nur(tak singgah), Jabal Rahmah dan melihat sekitar kawasan haji…pastu akan buat umrah lagi sebelum waktu Zohor… setelah semua berkumpul kami bergerak ke Jabal Thur,,,singgah sekejap ambil gambar..beli sapa yang nak beli…dan terus bergerak ke Jabal Rahmah…
Jabbal Thur










Sampai di Jabal Rahmah..Ustz dah pesan ingat kat mana bas no 3 kita ni sebab semua bas sama je..kami diberi masa 30 minit je…kat sini sapa yang nak naik unta boleh naik dengan harga 10 riyal, kalau nak g beli barang dan yang paling penting spa nak naik bukit tu boleh la naik..orang kata sapa yang belum ada jodoh boleh doa kat sini..sebab di sini la tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa dipertemukan setelah terpisah. Tapi ada pulak yang siap tulis2 nama..

Jabbal Rahmah





Kami mengambil keputusan untuk naik bukit tu guna batu…turun nanti baru guna tangga…kami pun mula la mendaki menggunakan batu yang agak mencabar jugak…tapi berkat keinginan yang tinggi…Alhamdulillah kami sampai….sampai kat atas punya la ramai manusia…yang syoknya peniaga pun ramai…yang paling banyak adalah penjual batu…macam-macam batu…kami mmg bercadang untuk membeli batu warna yang sama dengan yang saya ada sebelum ini iaitu warna kuning kehijauan..cari punya cari tak de pulak..last2 jumpa jugak yang seakan-akan sama..kira boleh je la sebab rasenya kami ni dah macam lama sangat lebih dari setengah jam dah ni…kami pun nak turun la lalu tangga..di sepanjang tangga tu juga semua ada peniaga..sambil2 tu kami pandang juga kot2 ada peniaga yang menjual jam tulisan jawi tu…tiba-tiba kami terpandang sepasang jam tangan yang bertulisan jawi berwarna emas..apa lagi kami pun beli le…tapi dari pengamatan macam jenis yang tak tahan lama…macam murah je…tapi tak pe la kalau tak de yang lain kira boleh la buat kenangan…

Kami pun meneruskan perjalanan untuk turun dari Jabal Rahmah tu…sampai kat bawah kami macam loose nak cari bas sbb sama je semua…warna putih…yang membezakannya hanya no plat je…tapi kami tenang dan cari tempat kami naik…dalam pada cari2 tu tak la rasa macam kecoh sangat sempat juga singgah di peniaga2 yang meniaga di bawah Jabal Rahmah tersebut…

Dari jauh kami suspek bas kami…apabila sampai dekat kami nampak Ustz Sakdukdin lambai berdiri berdekatan dengan ibu mertua kami yang dalam keadaan sedikit cemas…sampai je apalagi…hehehe…kena tempat berdas-das sebab lambat sangat..rupanya kami dah ambil masa lebih kurang 1 jam…semua orang dalam bas riuh…”Mano ko poi dik oii”….hehehe…”Minta maaf semua”…kata kami apabila naik ke dalam bas…. Dalam hati berkata kami baru pertama kali sampai cikkk….

En Suami bersam Ust Sakdukdin

Setelah itu kami dibawa melawat tempat umat Islam menunaikan ibadah haji…kami hanya melihat dari dalam bas sahaja…Padang Arafah dan Mina….lalu di terowong Al Muasem...




dan seterusnya kami dibawa ke masjid di Jakranah/Jikranah untuk berniat umrah…Ustz kata umrah ni boleh lah dibuatkan untuk sendiri dan sesiapa (sorang) yang kita nak buatkan….

Masjid Jakranah
Sampai hotel sudah hampir masuk waktu Zohor…jadual terganggu disebabkan kelewatan kami di Jabal Rahmah…jadi Ustz kata kalau sapa yang nak terus ke Masjid untuk solat Zohor boleh terus pegi….atau nak makan dulu boleh naik… dan umrah ikut Ustz… Ptg Asar, Maghrib dan Isyak aktiviti kami seperti biasa……setiap  hari selepas maghrib dan buat apa yang patut, kami akan berjalan-jalan menikmati keindahan Masjidilharam………… balik hotel…
 
;