Monday, 25 February 2013

HARI KETUJUH - ISNIN - 20 Februari 2012


Seperti biasa…pagi2 kami yang terakhir mandi…kena mandi awal nak g masjid cepat nanti tk dapat solat nampak kaabah..pagi2 di sepanjang perjalanan ke masjid ramai sangat peminta sedeqah…ramai yang cacat..tapi ada juga yang tipu2 cacat…kakak kata jangan bagi sebab kalau bagi nanti yang lain tu semua serbu kat kita….
Peminta sedekah yang tahu lah betul ke tak miskinatau cacat

Sampai Masjid kami mesti minum air zam-zam dulu…itu yang akan kami buat sebab tak nak lepaskan peluang macam ni yg tak de kat Malaysia… selesai solat macam biasa tunggu kat tiang bawah sign board hijau…

Kami pun bersarapan dan bersiap2 untuk tunggu bas…Ustz kata hari ni kami akan ke Jabal Thur, Jabal Nur(tak singgah), Jabal Rahmah dan melihat sekitar kawasan haji…pastu akan buat umrah lagi sebelum waktu Zohor… setelah semua berkumpul kami bergerak ke Jabal Thur,,,singgah sekejap ambil gambar..beli sapa yang nak beli…dan terus bergerak ke Jabal Rahmah…
Jabbal Thur










Sampai di Jabal Rahmah..Ustz dah pesan ingat kat mana bas no 3 kita ni sebab semua bas sama je..kami diberi masa 30 minit je…kat sini sapa yang nak naik unta boleh naik dengan harga 10 riyal, kalau nak g beli barang dan yang paling penting spa nak naik bukit tu boleh la naik..orang kata sapa yang belum ada jodoh boleh doa kat sini..sebab di sini la tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa dipertemukan setelah terpisah. Tapi ada pulak yang siap tulis2 nama..

Jabbal Rahmah





Kami mengambil keputusan untuk naik bukit tu guna batu…turun nanti baru guna tangga…kami pun mula la mendaki menggunakan batu yang agak mencabar jugak…tapi berkat keinginan yang tinggi…Alhamdulillah kami sampai….sampai kat atas punya la ramai manusia…yang syoknya peniaga pun ramai…yang paling banyak adalah penjual batu…macam-macam batu…kami mmg bercadang untuk membeli batu warna yang sama dengan yang saya ada sebelum ini iaitu warna kuning kehijauan..cari punya cari tak de pulak..last2 jumpa jugak yang seakan-akan sama..kira boleh je la sebab rasenya kami ni dah macam lama sangat lebih dari setengah jam dah ni…kami pun nak turun la lalu tangga..di sepanjang tangga tu juga semua ada peniaga..sambil2 tu kami pandang juga kot2 ada peniaga yang menjual jam tulisan jawi tu…tiba-tiba kami terpandang sepasang jam tangan yang bertulisan jawi berwarna emas..apa lagi kami pun beli le…tapi dari pengamatan macam jenis yang tak tahan lama…macam murah je…tapi tak pe la kalau tak de yang lain kira boleh la buat kenangan…

Kami pun meneruskan perjalanan untuk turun dari Jabal Rahmah tu…sampai kat bawah kami macam loose nak cari bas sbb sama je semua…warna putih…yang membezakannya hanya no plat je…tapi kami tenang dan cari tempat kami naik…dalam pada cari2 tu tak la rasa macam kecoh sangat sempat juga singgah di peniaga2 yang meniaga di bawah Jabal Rahmah tersebut…

Dari jauh kami suspek bas kami…apabila sampai dekat kami nampak Ustz Sakdukdin lambai berdiri berdekatan dengan ibu mertua kami yang dalam keadaan sedikit cemas…sampai je apalagi…hehehe…kena tempat berdas-das sebab lambat sangat..rupanya kami dah ambil masa lebih kurang 1 jam…semua orang dalam bas riuh…”Mano ko poi dik oii”….hehehe…”Minta maaf semua”…kata kami apabila naik ke dalam bas…. Dalam hati berkata kami baru pertama kali sampai cikkk….

En Suami bersam Ust Sakdukdin

Setelah itu kami dibawa melawat tempat umat Islam menunaikan ibadah haji…kami hanya melihat dari dalam bas sahaja…Padang Arafah dan Mina….lalu di terowong Al Muasem...




dan seterusnya kami dibawa ke masjid di Jakranah/Jikranah untuk berniat umrah…Ustz kata umrah ni boleh lah dibuatkan untuk sendiri dan sesiapa (sorang) yang kita nak buatkan….

Masjid Jakranah
Sampai hotel sudah hampir masuk waktu Zohor…jadual terganggu disebabkan kelewatan kami di Jabal Rahmah…jadi Ustz kata kalau sapa yang nak terus ke Masjid untuk solat Zohor boleh terus pegi….atau nak makan dulu boleh naik… dan umrah ikut Ustz… Ptg Asar, Maghrib dan Isyak aktiviti kami seperti biasa……setiap  hari selepas maghrib dan buat apa yang patut, kami akan berjalan-jalan menikmati keindahan Masjidilharam………… balik hotel…

0 comments:

Post a Comment

 
;