Baru teringat untuk masuk ke
Masjidilharam tak de “polis” yang jaga kat pintu macam Masjid Nabi..Kami terus
tunggu waktu subuh di Masjidilharam…ramai nya orang Subhanallah…sambil duduk
ngaji tu tertidur-tidur juga..maklumlah penat perjalanan jauh dan lama siang
tadi…lepas solat Subuh sebagaimana di Masjid Nabi terus je solat jenazah…Ya
Allah bestnya..
Lepas selesai kami balik ke hotel
untuk bersarapan atau berheat atau apa2 yang patut la…di sini kami dapat bilik
tingkat 7…tempat makan tingkat 2…makan nya tak macam kat Madinah..kat sini
macam asrama..tak ada pilih2..makan je apa yang mereka bagi…Alhamdulillah
sepanjang berada di sini saya sangat berselera makan walaupun rasenya kalau
difikirkan kalau kat Malaysia mungkin saya tak makan pun…saya pun hairan
juga….tapi Alhamdulillah Allah bagi saya nikmat itu….
Selesai bersarapan kami balik
bilik berehat sementara menunggu waktu Zohor lebih kurang 12 lebih nanti…agak2
nak masuk Zohor kami bergerak semula ke Masjidilharam… Tak macam di Madinah
perjalanan dari hotel ke masjid lebih “menguji” sebab sepanjang jalan yang kami
lalui ada kedai dan macam-macam jualan jalanan…sepanjang berada di Mekah kalau
lalu tu mesti nak beli kalau tak saya, mak atau kakak…paling koman beli ais
krim…ais krim dia dalam mangkuk 3 riyal…sedapnya…sepanjang di Mekkah selalu beli ais krim ni...yang kira popular ais krim Al-Samah...walhal lebih kurang je rase
kat Malaysia..bila ingat semula teringin pulak lagi aiskrim tu…
|
Salah satu kedai ais krim |
|
Sedap |
Sekali lagi kami mencari penanda
untuk jumpa balik sama2 lepas solat…saya paling suka ajak En Abangku masuk dari
pintu 1 iaitu pintu Malik Abdul Aziz (cakap Arabnya : Babun Malik Abdul Aziz
rakam Wahid)..saya suka sebab ia berkaitan dengan nama saya dan nama ayah
saya…lagi 1 pintu ni ada papan tanda hijau dalamnya dan direct nampak
kaabah…jadi setiap kali lepas solat kami akan janji lepas 15 minit solat (kalau
nak balik hotel) tunggu kat tiang bawah papan tanda hijau tu…
|
Pintu 1 Malik Abdul Aziz di bahagian dalam |
|
Pintu 1 Malik Abdul Aziz di bahagianluar |
Lepas zohor balik makan..n tunggu
untuk solat asar yg akan masuk lebih kurang 3 lebih la…hari ni lebih kurang
aktiviti bebas la…sbb penat…esok baru ada aktiviti…then petang g solat asar,
maghrib & Isyak…maslah kulit saya yang bermula di Madinah tempohari semakin
teruk dan kami ambil kepuusan pergi farmasi untuk beli ubat
kulit..Alhamdulillah selepas sapu ubat tu ia semakin baik…makan malam lepas
Isyak…sambil duduk kat masjid pergi la jalan…selalunya tak g jauh sangat sebab
mak pun tk berapa larat…tapi yg bestnya kat sini kalau nk wudhuk malas nk g
toilet boleh je g wudhuk kat paip air zam-zam tu…tapi sejuk la….oh ya air
zam-zam yang disediakan di kedua-dua masjid ni ada yang sejuk dan ada yang
biasa…tapi saya suka yang sejuk…wudhuk pun guna yang sejuk…heheh…kat Malaysia
saya tak merasa wudhuk guna air zam-zam sayang tu….kat sini siap boleh saja2
jirus kat kaki kepala…Ya Allah bestnya…
Untuk aktiviti esok Ustz dah
pesan..lepas subuh & sarapan pukul 7.30pg berkumpul untuk aktiviti luar
pulak…
|
Air zam-zam boleh buat wudhuk & jirus kepala |
|
Kalau masuk masjid mesti minum yang berada di laluan |
0 comments:
Post a Comment