Monday, 25 February 2013

HARI KELAPAN - SELASA - 22 Februari 2012


Seperti biasa… mandi… Sampai Masjid kami mesti minum air zam-zam dulu…selesai solat macam biasa tunggu kat tiang bawah sign board hijau…

Kami pun bersarapan dan bersiap2 untuk tunggu bas…Ustz kata hari ni kami akan ada aktiviti luar lagi… semua jemaah lelaki kena siap2 berihram…Setelah semua ada kami diberitahu akan ke ladang unta dan kilang kelambu kaabah (jika dapat kebenaran)..dan akan buat umrah sebelum waktu Zohor…
Sebelum sampai kami melalui kilang kelambu dan dimaklumkan tak dapat kebenaran…sampai di ladang unta kami pun bergambar dan beratur untuk membeli susu unta yang segar…tak tahu kenapa excited la pulak nak minum walhal kalau kat Malaysia susu segar lembu tu pergh bukan senang nak minum…naik2 je bas saya terus minum..Subhanallah sedapnya…menyesal pulak beli 1 botol…
Ladang Unta














Selesai itu..kami dibawa singgah di masjid di Hudaibiyah untuk berniat umrah…Ustz pesan yang sama boleh niat umrah untuk orang lain…
Di Hudaibiyah

Alhamdulillah hari ini kami sampai dan berjaya tunaikan umrah sebelum Zohor… dan aktiviti biasa sehingga Isyak…sambil balik dari Masjidilharam seperti biasa kami akan menyinggah di kedai yang ada di laluan kami…mak pulak singgah di farmasi untuk beli Vicks “Mekkah”….setiap kedai jam kami singgah sbb nak cari jam yang ok walaupun dah ada….

0 comments:

Post a Comment

 
;