Monday, 25 February 2013 0 comments

HARI KELAPAN - SELASA - 22 Februari 2012


Seperti biasa… mandi… Sampai Masjid kami mesti minum air zam-zam dulu…selesai solat macam biasa tunggu kat tiang bawah sign board hijau…

Kami pun bersarapan dan bersiap2 untuk tunggu bas…Ustz kata hari ni kami akan ada aktiviti luar lagi… semua jemaah lelaki kena siap2 berihram…Setelah semua ada kami diberitahu akan ke ladang unta dan kilang kelambu kaabah (jika dapat kebenaran)..dan akan buat umrah sebelum waktu Zohor…
Sebelum sampai kami melalui kilang kelambu dan dimaklumkan tak dapat kebenaran…sampai di ladang unta kami pun bergambar dan beratur untuk membeli susu unta yang segar…tak tahu kenapa excited la pulak nak minum walhal kalau kat Malaysia susu segar lembu tu pergh bukan senang nak minum…naik2 je bas saya terus minum..Subhanallah sedapnya…menyesal pulak beli 1 botol…
Ladang Unta














Selesai itu..kami dibawa singgah di masjid di Hudaibiyah untuk berniat umrah…Ustz pesan yang sama boleh niat umrah untuk orang lain…
Di Hudaibiyah

Alhamdulillah hari ini kami sampai dan berjaya tunaikan umrah sebelum Zohor… dan aktiviti biasa sehingga Isyak…sambil balik dari Masjidilharam seperti biasa kami akan menyinggah di kedai yang ada di laluan kami…mak pulak singgah di farmasi untuk beli Vicks “Mekkah”….setiap kedai jam kami singgah sbb nak cari jam yang ok walaupun dah ada….
0 comments

HARI KEENAM - AHAD -19 Februari 2012


Baru teringat untuk masuk ke Masjidilharam tak de “polis” yang jaga kat pintu macam Masjid Nabi..Kami terus tunggu waktu subuh di Masjidilharam…ramai nya orang Subhanallah…sambil duduk ngaji tu tertidur-tidur juga..maklumlah penat perjalanan jauh dan lama siang tadi…lepas solat Subuh sebagaimana di Masjid Nabi terus je solat jenazah…Ya Allah bestnya..

Lepas selesai kami balik ke hotel untuk bersarapan atau berheat atau apa2 yang patut la…di sini kami dapat bilik tingkat 7…tempat makan tingkat 2…makan nya tak macam kat Madinah..kat sini macam asrama..tak ada pilih2..makan je apa yang mereka bagi…Alhamdulillah sepanjang berada di sini saya sangat berselera makan walaupun rasenya kalau difikirkan kalau kat Malaysia mungkin saya tak makan pun…saya pun hairan juga….tapi Alhamdulillah Allah bagi saya nikmat itu….





Selesai bersarapan kami balik bilik berehat sementara menunggu waktu Zohor lebih kurang 12 lebih nanti…agak2 nak masuk Zohor kami bergerak semula ke Masjidilharam… Tak macam di Madinah perjalanan dari hotel ke masjid lebih “menguji” sebab sepanjang jalan yang kami lalui ada kedai dan macam-macam jualan jalanan…sepanjang berada di Mekah kalau lalu tu mesti nak beli kalau tak saya, mak atau kakak…paling koman beli ais krim…ais krim dia dalam mangkuk 3 riyal…sedapnya…sepanjang di Mekkah selalu beli ais krim ni...yang kira popular ais krim Al-Samah...walhal lebih kurang je rase kat Malaysia..bila ingat semula teringin pulak lagi aiskrim tu…
Salah satu kedai ais krim
Sedap

Sekali lagi kami mencari penanda untuk jumpa balik sama2 lepas solat…saya paling suka ajak En Abangku masuk dari pintu 1 iaitu pintu Malik Abdul Aziz (cakap Arabnya : Babun Malik Abdul Aziz rakam Wahid)..saya suka sebab ia berkaitan dengan nama saya dan nama ayah saya…lagi 1 pintu ni ada papan tanda hijau dalamnya dan direct nampak kaabah…jadi setiap kali lepas solat kami akan janji lepas 15 minit solat (kalau nak balik hotel) tunggu kat tiang bawah papan tanda hijau tu…

Pintu 1 Malik Abdul Aziz di bahagian dalam
Pintu 1 Malik Abdul Aziz di bahagianluar
Lepas zohor balik makan..n tunggu untuk solat asar yg akan masuk lebih kurang 3 lebih la…hari ni lebih kurang aktiviti bebas la…sbb penat…esok baru ada aktiviti…then petang g solat asar, maghrib & Isyak…maslah kulit saya yang bermula di Madinah tempohari semakin teruk dan kami ambil kepuusan pergi farmasi untuk beli ubat kulit..Alhamdulillah selepas sapu ubat tu ia semakin baik…makan malam lepas Isyak…sambil duduk kat masjid pergi la jalan…selalunya tak g jauh sangat sebab mak pun tk berapa larat…tapi yg bestnya kat sini kalau nk wudhuk malas nk g toilet boleh je g wudhuk kat paip air zam-zam tu…tapi sejuk la….oh ya air zam-zam yang disediakan di kedua-dua masjid ni ada yang sejuk dan ada yang biasa…tapi saya suka yang sejuk…wudhuk pun guna yang sejuk…heheh…kat Malaysia saya tak merasa wudhuk guna air zam-zam sayang tu….kat sini siap boleh saja2 jirus kat kaki kepala…Ya Allah bestnya…
Untuk aktiviti esok Ustz dah pesan..lepas subuh & sarapan pukul 7.30pg berkumpul untuk aktiviti luar pulak…

Air zam-zam boleh buat wudhuk & jirus kepala

Kalau masuk masjid mesti minum yang berada di laluan



0 comments

HARI KETUJUH - ISNIN - 20 Februari 2012


Seperti biasa…pagi2 kami yang terakhir mandi…kena mandi awal nak g masjid cepat nanti tk dapat solat nampak kaabah..pagi2 di sepanjang perjalanan ke masjid ramai sangat peminta sedeqah…ramai yang cacat..tapi ada juga yang tipu2 cacat…kakak kata jangan bagi sebab kalau bagi nanti yang lain tu semua serbu kat kita….
Peminta sedekah yang tahu lah betul ke tak miskinatau cacat

Sampai Masjid kami mesti minum air zam-zam dulu…itu yang akan kami buat sebab tak nak lepaskan peluang macam ni yg tak de kat Malaysia… selesai solat macam biasa tunggu kat tiang bawah sign board hijau…

Kami pun bersarapan dan bersiap2 untuk tunggu bas…Ustz kata hari ni kami akan ke Jabal Thur, Jabal Nur(tak singgah), Jabal Rahmah dan melihat sekitar kawasan haji…pastu akan buat umrah lagi sebelum waktu Zohor… setelah semua berkumpul kami bergerak ke Jabal Thur,,,singgah sekejap ambil gambar..beli sapa yang nak beli…dan terus bergerak ke Jabal Rahmah…
Jabbal Thur










Sampai di Jabal Rahmah..Ustz dah pesan ingat kat mana bas no 3 kita ni sebab semua bas sama je..kami diberi masa 30 minit je…kat sini sapa yang nak naik unta boleh naik dengan harga 10 riyal, kalau nak g beli barang dan yang paling penting spa nak naik bukit tu boleh la naik..orang kata sapa yang belum ada jodoh boleh doa kat sini..sebab di sini la tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa dipertemukan setelah terpisah. Tapi ada pulak yang siap tulis2 nama..

Jabbal Rahmah





Kami mengambil keputusan untuk naik bukit tu guna batu…turun nanti baru guna tangga…kami pun mula la mendaki menggunakan batu yang agak mencabar jugak…tapi berkat keinginan yang tinggi…Alhamdulillah kami sampai….sampai kat atas punya la ramai manusia…yang syoknya peniaga pun ramai…yang paling banyak adalah penjual batu…macam-macam batu…kami mmg bercadang untuk membeli batu warna yang sama dengan yang saya ada sebelum ini iaitu warna kuning kehijauan..cari punya cari tak de pulak..last2 jumpa jugak yang seakan-akan sama..kira boleh je la sebab rasenya kami ni dah macam lama sangat lebih dari setengah jam dah ni…kami pun nak turun la lalu tangga..di sepanjang tangga tu juga semua ada peniaga..sambil2 tu kami pandang juga kot2 ada peniaga yang menjual jam tulisan jawi tu…tiba-tiba kami terpandang sepasang jam tangan yang bertulisan jawi berwarna emas..apa lagi kami pun beli le…tapi dari pengamatan macam jenis yang tak tahan lama…macam murah je…tapi tak pe la kalau tak de yang lain kira boleh la buat kenangan…

Kami pun meneruskan perjalanan untuk turun dari Jabal Rahmah tu…sampai kat bawah kami macam loose nak cari bas sbb sama je semua…warna putih…yang membezakannya hanya no plat je…tapi kami tenang dan cari tempat kami naik…dalam pada cari2 tu tak la rasa macam kecoh sangat sempat juga singgah di peniaga2 yang meniaga di bawah Jabal Rahmah tersebut…

Dari jauh kami suspek bas kami…apabila sampai dekat kami nampak Ustz Sakdukdin lambai berdiri berdekatan dengan ibu mertua kami yang dalam keadaan sedikit cemas…sampai je apalagi…hehehe…kena tempat berdas-das sebab lambat sangat..rupanya kami dah ambil masa lebih kurang 1 jam…semua orang dalam bas riuh…”Mano ko poi dik oii”….hehehe…”Minta maaf semua”…kata kami apabila naik ke dalam bas…. Dalam hati berkata kami baru pertama kali sampai cikkk….

En Suami bersam Ust Sakdukdin

Setelah itu kami dibawa melawat tempat umat Islam menunaikan ibadah haji…kami hanya melihat dari dalam bas sahaja…Padang Arafah dan Mina….lalu di terowong Al Muasem...




dan seterusnya kami dibawa ke masjid di Jakranah/Jikranah untuk berniat umrah…Ustz kata umrah ni boleh lah dibuatkan untuk sendiri dan sesiapa (sorang) yang kita nak buatkan….

Masjid Jakranah
Sampai hotel sudah hampir masuk waktu Zohor…jadual terganggu disebabkan kelewatan kami di Jabal Rahmah…jadi Ustz kata kalau sapa yang nak terus ke Masjid untuk solat Zohor boleh terus pegi….atau nak makan dulu boleh naik… dan umrah ikut Ustz… Ptg Asar, Maghrib dan Isyak aktiviti kami seperti biasa……setiap  hari selepas maghrib dan buat apa yang patut, kami akan berjalan-jalan menikmati keindahan Masjidilharam………… balik hotel…
Thursday, 21 February 2013 0 comments

HARI KELIMA - SABTU - 18 Februari 2012 - 25 Rabiulawal 1433

Seperti hari semalam, kami bangun seawal pagi dan menuju ke Masjid Nabawi....Hari ini adalah salah satu hari yang saya tak nak lalui...sebab hari ni kami terpaksa meninggalkan bumi Madinah Al-Munawarah... Namun ia terubat apabila kami akan menuju ke Kota Makatull Mukarramah...tapi ini betmakna kami semakin menghampiri tarikh balik ke Malaysia...tidakkkkkkkk...kami akan merindui kenangan terindah ini...


Hari ni hari Sabtu…hari terakhir berada di bumi Madinah ini…syahdunya….Ustz Zain bagi tahu kita akan bergerak selepas solat Zohor..jadi lepas solat Zohor boleh terus je buat ziarah selamat tinggal…dan akan singgah di Birr Ali untuk berniat ihram di sana….ermm…sedihnya…

Pagi tu selepas mengemas, kami pergi semula  ke Masjid Nabawi buat apa yang patut…sambil tu bagi coklat kat budak2 lelaki yang ada kat situ….sambil tu cari2 debu utuk disapu sbg ubat macam Ustz cakap…

Sebelum Zohor kami balik bilik utk jemput mak nak g Masjid…kami pun pergi semula ke Masjid..lepas solat..zami buat ziarah selamat tinggal…sedihnya tak terkata…sambil2 tu sempat jugak cari debu untuk disapukan pada bibir yang kering sebab sejuk di sini kering…sekali angin ia lalu terasa meresap dalam kulit…kami juga sapukan debu pada tumit bagi yang sakit tumit. Akibat sejuk kering itu juga (atau mungkin sebab air) saya juga kena ruam di kaki dan tangan… selesai ziarah selamat tinggal kami balik hotel untuk makan dan bersiap utk bertolak ke Mekah..

Jemaah lelaki kena dah siap-siap mamakai ihram..Dalam pada bersiap-siap kami cari org hotel yang boleh tolong angkatkan barang ke dalam bas..maklumlah barang dah bertambah…org tu pun datang la angkatkan barang..sedihnya sampai putus sandle merah saya dia langgar….tak pe la..bkn rezeki saya lagi..tinggal la selipar saya tu di sana..

Sampai je dekat bas..kami tergerak nk check balik bag kami tadi dalam bas no 3…tgk2 barang tak de…jenuh pulak pi cari..rupanya kami lupa nak bagi tahu bas kami no 3 n plat numbenya…jadi pak arab tu tadi letak je n termasuk dalam bas yg lain…nasib baik semua bag tu tersalah masuk dalam 1 bas je…sian ust tu yang dah siap berihram kena kumbah balik barang kami utk pindahkan barang kami..kenangan

Setelah selesai…ada pulak jemaah dari bas kami yang tak turun-turun..tunggu lagi…sambil tunggu cari la debu lagi…jemaah dalam bas kami pun hairan apa yang kami tersapu-sapu dinding hotel tu..naik je bas mereka Tanya buat apa…kami pun cakap la cari debu buat ubat…baru mereka teringat ckp utz tu…
 
Setelah semuanya ada…kami pun bergerak ke Birr Ali untuk berniat umrah (miqat makani bagi yang datang dari Madinah)..singgah di situ solat sunat dan solat asar (qasar)…


Perjalanan kami dijangka sejauh 400++km akan mengambil masa lebih kurang 6++jam…sepanjang perjalanan tu kami singgah dibeberapa tempat untuk ke tandas dan driver berehat…kesian kat jemaah lelaki la sbb perjalanan kami sudah masuk waktu malam …jadi sejuk la dalam bas ditambah dengan berihram sahaja…tak leh tutup muka.kepala..dll…

Ustz maklumkan sekejap lg akan sampai la di bumi Mekah…dari jauh kami nampak Makkah Clock Tower tu…syahdu + berdebar semua ada…sambil dibacakan doa oleh Ustz Sakdukdin ( mutawir kami untuk di Mekah) dan bertalbiah…



Sampai di hotel lebih kurang 10.30 mlm.…iaitu Hotel Taiba…keadaan agak kecoh sebab bilik tak ready lagi…jadi kami tak terus dapat bilik kena la tunggu..alhamdulillah kami pun dapat bilik dan hantar barang..Utz maklumkan kan kul 12tgh malam…semua berkumpul untuk terus buat umrah…

Kami pun turun…dan semua dah kami pun berjalan ke Masjidil haram..jauhnya lebih kurang 400m la.Ya Allah apabila melihatnya…syahdu n terharu etc…tak dapat diluahkan dengan kata-kata..Ustz Zain masih memimpin kami untuk buat umrah tu…dia bawa kami masuk dari pintu 87 sbb pintu yg terdekat dengan pagar arah hotel kami…Alhamdulillah kebetulan pintu dekat dengan Clock Tower jadi senang nak ingat…

Beliau membawa kami untuk bertawaf, minum air zam, solat sunat, saei dan akhirnya bertahlul…lebih kurang jam 2 pg dah selesai…Ust kata kalau nak balik pun boleh..klu tak nak boleh stay je buat apa yang patut sementara tunggu waktu Subuh…Alhamdulillah…

Air zam-zam di Mekkah

Wednesday, 20 February 2013 0 comments

HARI PERTAMA - SELASA - 14 Februari 2012 - 21 Rabiulawal 1433


Hari ini adalah 2 hari selepas ulangtahun kelahiran saya..dan hari ini juga saya anggap sebagai hadiahnya kerana pada hari ini saya, En Suami, mak mertua dan kakak biras saya akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah bersama TH Travel. Ya Allah...Alhamdulillah....Sejak tahun 2010 kami cadang nak pergi. Tetapi saya percaya kepada qada dan qadar atau seruan Allah...kalau Allah kata "Qun Faya Qun"...Akhirnya tahun 2012 seruan itu sampai....Alhamdulillah...berdebar-debar semua ada....Rizuan Hanafi adik ketiga saya datang dari Selayang ke Tanjong Malim untuk menghantar saya dan suami ke KLIA....mak mertua dan kakak bertolak dari Gemas,N9....mereka dah pesan kul 5.30pm mesti dh berkumpul kat KLIA...sbb flight kul 8.40pm.... Rasa gembira, sedih semua da...gembira sbb akn menjadi tetamu Allah...sedih sebab mak n ayah tinggal kat rumah menjaga 2 orang anak kami...Alhamdulillah si kecik tu tak menangis masa kami gerak...siap boleh tanya apsal ibu ngan mak (panggil mereka pada mak saya) nangis2 ni....

Adik saya yang kedua dari Melaka pun menghantar juga...Alhamdullillah sblm jam 5.30pm kami sampai...kakak ipar, abg ipar n anak2 buah dari Gemas dan cousin suami semua dah ada...segala urusan selesai sempurna dan kami check in...Insya Allah kami akan menaiki pesawat Etihad....kami dapat seat sebaris mak,kakak,saya n suami....Alhamdulillah....akhirnya kami berlepas...perjalanan kami dari KL ke Abu Dhabi (6 jam), transit 2 jam then Abu Dhabi ke Jeddah (2 jam lagi).... Kami akan menuju ke Madina dulu, then baru ke Makkah...Insya Allah

Sedar-sedar tengok jam tangan dah jam 1 pagi (masih ikut waktu Malaysia sbb tk tukar masa lagi)... Ya Allah lamanya naik flight ni...rasa dh lembik ni.... jam 2.40am kami mendarat untuk transit..rasa2 masa tu kul 10.50 kot waktu di Abu Dhabi (sebab mamai )...transit 2 jam...tapi dari tempat arrival nk ke departure next flight punya la jauh....2 jam tu mmg urusan turun n terus naik n terbang...fuhhh...pengalaman tapi bestnya.....masa kat Abu Dhabi kami berkenalan dengan ketua rombongan yang memimpin kami iaitu Ust Zainuddin (atau mesra dipanggil Ust Zain)...

2 jam penerbangan dari Abu Dhabi ke Jeddah saya masih seperti tadi..alhamdulillah lembik jugak la...sebenarnya itulah perkara yang saya cabar diri saya....Alhamdulillah.... Lebih kurang kul 3pagi (waktu Jeddah) kami sampai ke bumi Jeddah....dengan keadaan yang penat tapi perasaan yang gembira kami mengambil barang-barang dan menunggu kenderaan (bas) di airport. Kami dimaklumkan bas akan tiba lepas subuh....jadi kami akan menunaikan solat subuh di airport je...ketika di Malaysia kami dimaklumkan (oleh org2 yang penah pegi) di airport ni solat je di tempat2 menunggu...tapi alhamdulillah ada musolla yang selesa untuk solat subuh yang dijangka akan masuk waktu jam 4.37pagi....sejuknya fuhhhh...


Dah check in di KLIA




 
;