Thursday, 21 February 2013

HARI KELIMA - SABTU - 18 Februari 2012 - 25 Rabiulawal 1433

Seperti hari semalam, kami bangun seawal pagi dan menuju ke Masjid Nabawi....Hari ini adalah salah satu hari yang saya tak nak lalui...sebab hari ni kami terpaksa meninggalkan bumi Madinah Al-Munawarah... Namun ia terubat apabila kami akan menuju ke Kota Makatull Mukarramah...tapi ini betmakna kami semakin menghampiri tarikh balik ke Malaysia...tidakkkkkkkk...kami akan merindui kenangan terindah ini...


Hari ni hari Sabtu…hari terakhir berada di bumi Madinah ini…syahdunya….Ustz Zain bagi tahu kita akan bergerak selepas solat Zohor..jadi lepas solat Zohor boleh terus je buat ziarah selamat tinggal…dan akan singgah di Birr Ali untuk berniat ihram di sana….ermm…sedihnya…

Pagi tu selepas mengemas, kami pergi semula  ke Masjid Nabawi buat apa yang patut…sambil tu bagi coklat kat budak2 lelaki yang ada kat situ….sambil tu cari2 debu utuk disapu sbg ubat macam Ustz cakap…

Sebelum Zohor kami balik bilik utk jemput mak nak g Masjid…kami pun pergi semula ke Masjid..lepas solat..zami buat ziarah selamat tinggal…sedihnya tak terkata…sambil2 tu sempat jugak cari debu untuk disapukan pada bibir yang kering sebab sejuk di sini kering…sekali angin ia lalu terasa meresap dalam kulit…kami juga sapukan debu pada tumit bagi yang sakit tumit. Akibat sejuk kering itu juga (atau mungkin sebab air) saya juga kena ruam di kaki dan tangan… selesai ziarah selamat tinggal kami balik hotel untuk makan dan bersiap utk bertolak ke Mekah..

Jemaah lelaki kena dah siap-siap mamakai ihram..Dalam pada bersiap-siap kami cari org hotel yang boleh tolong angkatkan barang ke dalam bas..maklumlah barang dah bertambah…org tu pun datang la angkatkan barang..sedihnya sampai putus sandle merah saya dia langgar….tak pe la..bkn rezeki saya lagi..tinggal la selipar saya tu di sana..

Sampai je dekat bas..kami tergerak nk check balik bag kami tadi dalam bas no 3…tgk2 barang tak de…jenuh pulak pi cari..rupanya kami lupa nak bagi tahu bas kami no 3 n plat numbenya…jadi pak arab tu tadi letak je n termasuk dalam bas yg lain…nasib baik semua bag tu tersalah masuk dalam 1 bas je…sian ust tu yang dah siap berihram kena kumbah balik barang kami utk pindahkan barang kami..kenangan

Setelah selesai…ada pulak jemaah dari bas kami yang tak turun-turun..tunggu lagi…sambil tunggu cari la debu lagi…jemaah dalam bas kami pun hairan apa yang kami tersapu-sapu dinding hotel tu..naik je bas mereka Tanya buat apa…kami pun cakap la cari debu buat ubat…baru mereka teringat ckp utz tu…
 
Setelah semuanya ada…kami pun bergerak ke Birr Ali untuk berniat umrah (miqat makani bagi yang datang dari Madinah)..singgah di situ solat sunat dan solat asar (qasar)…


Perjalanan kami dijangka sejauh 400++km akan mengambil masa lebih kurang 6++jam…sepanjang perjalanan tu kami singgah dibeberapa tempat untuk ke tandas dan driver berehat…kesian kat jemaah lelaki la sbb perjalanan kami sudah masuk waktu malam …jadi sejuk la dalam bas ditambah dengan berihram sahaja…tak leh tutup muka.kepala..dll…

Ustz maklumkan sekejap lg akan sampai la di bumi Mekah…dari jauh kami nampak Makkah Clock Tower tu…syahdu + berdebar semua ada…sambil dibacakan doa oleh Ustz Sakdukdin ( mutawir kami untuk di Mekah) dan bertalbiah…



Sampai di hotel lebih kurang 10.30 mlm.…iaitu Hotel Taiba…keadaan agak kecoh sebab bilik tak ready lagi…jadi kami tak terus dapat bilik kena la tunggu..alhamdulillah kami pun dapat bilik dan hantar barang..Utz maklumkan kan kul 12tgh malam…semua berkumpul untuk terus buat umrah…

Kami pun turun…dan semua dah kami pun berjalan ke Masjidil haram..jauhnya lebih kurang 400m la.Ya Allah apabila melihatnya…syahdu n terharu etc…tak dapat diluahkan dengan kata-kata..Ustz Zain masih memimpin kami untuk buat umrah tu…dia bawa kami masuk dari pintu 87 sbb pintu yg terdekat dengan pagar arah hotel kami…Alhamdulillah kebetulan pintu dekat dengan Clock Tower jadi senang nak ingat…

Beliau membawa kami untuk bertawaf, minum air zam, solat sunat, saei dan akhirnya bertahlul…lebih kurang jam 2 pg dah selesai…Ust kata kalau nak balik pun boleh..klu tak nak boleh stay je buat apa yang patut sementara tunggu waktu Subuh…Alhamdulillah…

Air zam-zam di Mekkah

0 comments:

Post a Comment

 
;