Monday, 25 February 2013

HARI KESEPULUH - KHAMIS - 24 Februari 2012



Seperti semalam hari ini kami akan buat umrah lagi…jadi kami akan ke Taneem…dan seterusnya ke Masjidilharam untuk menunaikan umrah..dan seterusnya solat zohor, makan dan asar…

Petang ini kami selepas asar kami akan ke rumah kawan kakak ipar saya…macam ni citernya…abang ipar saya (suami biras) ni bertugas dengan KTMB di Mekah pada musim haji…jadi sepanjang di Mekah dia mmg baik dengan Ustaz ni (mutawif tabung haji yang berasal dari Indonesia)..mereka berkenalan ketika kakak dan abang ipar ni menunaikan haji 5 tahun lepas… jadi setiap kali pergi dan balik dari betugas di Mekah mereka akan bertukar-tukar hadiah dan buah tangan… so petang ni kami dijemput untuk datang ke rumah mereka yang juga masih dalam kawasan tanah haram…. Oh ya kakak bagi tahu beliau ada anak kembar…lelaki…
Sedang tunggu kawan kakak untuk ke rumahnya
Di hadapan Hotel Taiba






Lepas asar beliau akan menjempt kami menggunakan kereta…tunggu punya tunggu akhirnya beliau sampai bersama sahabatnya menggunakan jeep…kami pun sampai la ke rumah beliau…fuhh…mencabar betul jalan nak masuk umah beliau..saya tabik la dengan pemandu tu dan la jalan kecil,naik bukit, jalan mati…kalau saya ntah la….saya kagum dengan mereka2 ni…demi keredhaan Allah…


Mencabar tak....



Pintu masuk rumah

Sampai2 je kami disambut oleh isterinya yang lembut…tapi anak kembarnya belum balik dari rumah pengasuh… tiba2 masuk la 2 kanak2 yang berwajah serupa berbaju merah dan agak lasak tapi comel…Subhanallah…abang nama Fuad, adik nama Amar…

Inilah kembar tu...Kanan Fuad (abang)..Kiri Amar (adik) ..berumur 2 tahun lebih

Nakal

Ligat

Dalam lima minit mereka macam malu-malu buat tak layan dengan kami sambil buat keje sendiri…sepah bedak, sepah barang, tuang2 lotion dan macam2 kerja nakal yang mereka buat… tapi yang pastinya ummi tetap sabar dengan karenah anak2nya..dia tak marah pun…dia Cuma cakap Masha Allah…lepas tu kami pun mula la ajak2 mereka...tanpa diduga dengan mesranya si abang begitu mesra dengan saya…siap baring atas pangku sambil pandang muka saya, main2 dengan saya sampaikan makan pun nak minta saya suapkan…si adik rapat2 macam tu je tak berapa manja sangat…dia agak rapat dengan suami saya… yang pelik ayahnya juga hairan mengapa si abang begitu rapat dengan saya walhal menurut ayahnya si abang ni bukan senang nak rapat dengan orang kerana dia sangat memilih orang nya berbanding adiknya… kami solat Maghrib, makan dan Isyak di rumah beliau…siap sembelih kambing lagi…sayur kangkung…








Sampai masa nak balik si abang masih dengan saya…sekali lagi dia minta saya yang pakaikan kasutnya…syahdunya…kami pun dihantar semula ke hotel…dalam kereta pun si abang dan si adik nak duduk dengan kami di tempat duduk belakang jeep…syahdu..hairan dan macam2 perasaan… sampai hotel kami berehat untuk bangun pagi esok

.

0 comments:

Post a Comment

 
;